Sunday, September 15, 2013

5 makanan bantu anda tidur lena

Tea, Milk, Almond, Banana, Miso soup























 Anda mungkin sering mengalami masalah sukar tidur di waktu malam atau anda susah untuk terlena dan tidur selesa akibat sering terjaga. Jangan risau kerana mungkin anda tidak tahu makanan juga berupaya untuk membantu tidur malam anda menjadi lebih lena dan berkualiti. Tetapi harus diingatkan supaya mengambil makanan-makanan berikut sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur bagi membantu proses pencernaan yang lancar.

1) Kacang almond 
Kacang almond mengandung magnesium yang berupaya membantu manusia mudah tertidur dan merehatkan otot-otot badan. Ia turut mengandungi protein yang berupaya menstabilkan kadar kandungan gula dalam darah ketika kita tidur. Kacang almond akan membuatkan anda mudah tertidur dengan mematikan sirkulasi hormon adrenalin yang mengingatkan kita untuk beristirehat.

2) Teh hijau 
Mengelakkan diri daripada mengambil minuman berkafein sebelum tidur adalah kunci utama untuk mendapat tidur lena namun terdapat juga sumber berkafein yang boleh mengatasi tidur tidak nyenyak anda. Teh hijau contohnya mengandungi Theanine yang juga membantu manusia mudah terlena.

3) Pisang 
Pisang juga turut mengandungi magnesium dan potassium yang baik untuk tidur lebih lena. Seperti kacang almond, sumber mineral yang terdapat di dalam pisang membantu merehatkan otot-otot badan. Apabila kita mengambil pisang sebelum tidur, Triptofan yang terkandung di dalam pisang juga akan ditukarkan oleh sel-sel badan kepada hormon serotonin dan melatonin yang berguna sebagai hormon penenang otak.

4) Susu 
Sama seperti pisang, susu juga turut mengandungi triptofan. Kalsium yang terkandung dalam susu membantu mengurangkan tekanan dan menstabilkan saraf otak.

5) Sup miso 
Sup miso pula mengandungi asid amino yang juga dapat meningkatkan kadar rembesan hormon melatonin. Suhu sup yang panas juga membangkitkan rasa selesa dan tenang. Ini akan menyebabkan anda merasa mudah mengantuk.
Sup miso adalah masakan Jepun berupa sup dengan bahan dasar dashi ditambah isi sup berupa sedikit makanan laut atau sayur-sayuran, dan diberi miso sebagai perasa. Sup miso dinikmati dengan mengangkat mangkok sup dan meminum kuahnya, sedangkan isi sup dimakan menggunakan penyepit.

Pada umumnya sup miso dihidangkan bersama nasi putih sebagai menu sarapan pagi di banyak rumah-rumah di Jepun. Sup miso biasanya dimakan di rumah, walapun ada juga sup miso yang dihidangkan di warung atau restoran tradisional Jepun (ryotei). Sup miso instan adalah sup miso dalam kemasan yang cukup direndam dengan air panas.

Sup miso merupakan masakan sangat sederhana yang sangat mudah disiapkan dalam waktu singkat, bahan-bahannya pun hanya berupa kaldu dari katsuobushi, sedikit isi sup, dan miso. Walaupun sup miso adalah masakan paling sederhana, rasa yang dihasilkan bisa berbeza-beza tergantung pada jenis miso yang digunakan untuk sup, cara mengambil kaldu dari katsuobushi dan keterampilan orang yang membuatnya.

Pada kebudayaan Jepun yang menjadikan nasi atau nasi dari berbagai jenis padi-padian sebagai makanan utama, sup miso mempunyai peranan penting sebagai makanan pendamping yang paling utama. Pada umumnya, makanan utama sehari-hari orang Jepun sejak zaman dulu yakni satu set berupa nasi dengan sup seperti sup miso dan satu jenis lauk.

Sumber: Yahoo.com dan wikipedia

No comments:

Post a Comment