Friday, October 11, 2013

Masa yang terbaik untuk anda bersenam

Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam.

Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai.

Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang. Bersenam sebelum itu. Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam.

Jika anda mempunyai masalah tidur. Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur.

Jika anda mahu mengelakkan kecederaan. Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang.

Jika anda mahu untuk mengurangkan berat. Bersenam sebelum sarapan pagi. Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu.

Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan. Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.

Sumber : Yahoo.com

Thursday, October 10, 2013

4 Kombo makanan yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan.





















Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan.

Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad.





















Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik.

Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat!






















Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah.

Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari!





















Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.

Sumber : Yahoo.com

Alcatel, Masih Belum Dilupakan

Anda mungkin mengenali Alcatel mungkin menerusi model One Touch Easy DB yang dikeluarkan pada tahun 2000 berbentuk kandibar yang mempunyai hanya rangkaian 900/1800MHz dengan skrin hanya membolehkan tiga baris memuatkan perkataan tertentu.

Ia dihidupkan pula bateri jenis AAA tetapi masih mampu dilengkapi fungsi kunci butang, pembesar suara dan jam loceng.

Kemudian selepas beberapa model, Alcatel seakan lenyap di dunia namun kembali dengan model baru yang memang unik ditambah pula dengan rekaan yang cantik pada harga sangat berpatutan meskipun 'enjin'nya agak berkuasa.

Menerusi model OneTouch Idol X, Alcatel seakan mengembalikan memori lama anda jika anda sudah memakai telefon pada tahun 2001 hinggalah 2004. Ketika itu jenama-jenama seperti Alcatellah yang mengekori rapat Nokia dari jauh.


smartphone


























OneTouch masih dikekalkan sebagai keluarga telefon mereka dan menariknya mengenai Idol X yang baru ini adalah ia mensasarkan telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan citarasa, rekabentuk menarik dan prestasi terbaik.

Saya memang bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan paparan 5-inci Full HD IPS hingga kepada badannya yang nipis serta pemproses quad-core 1.5 GHz, membolehkannya berdiri sebaris telefon mahal. Kalau anda mahukan kelainan, Idol X memang jawapannya juga. Selepas memakainya untuk beberapa minggu. Jarang pula saya mengalami masalah biasa seperti 'hang' dan cepat panas. Dari aspek rekaan, telefon ini merupakan pakej lengkap yang anggun dan baik dari segi dalamannya mahupun dari segi luarannya.

Hasil seni pembuatan halus ini membolehkannya ditawarkan senipis 6.9mm jadi saya langsung tidak menghadapi masalah memuatkannya dalam poket. Apabila dipegang pun, ia selesa dan tidak membebankan. Cukup-cukup dalam tangan. Apa yang menari perhatian adalah paparannya. Teknologi pelaminaan penuh memastikan tiada jurang di antara paparan hablur cecair (LCD) dan panel sesentuh. Penghantaran cahaya yang lebih tinggi memudahkan paparan telefon dibaca baik di bawah sinaran matahari terang mahupun di dalam gelap, manakala In-plane Switching Technology (IPS) menawarkan sudut penglihatan  yang terbaik di pasaran pada 170 darjah. Anda boleh menikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 13.1 Megapixel di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Cara penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik. Bagi memudahkan penggunaan, OneTouch Live menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, jadi anda boleh menjadikan telefon anda mengikut citarasa anda yang tersendiri dengan mudah.

Ketahanan bateri ketika penggunaan aktif? Cukup untuk 7 jam!
Harganya pun murah saja, hanya RM1,099 namun pembelian anda pasti berbaloi. Sayangnya, ia tidak dimasukkan bersama pelan tertentu dalam pakej telekomunikasi. Saya cadangkan kesemua syarikat telekomunikasi menyediakan telefon ini sebagai salah satu pelan peranti Android masing-masing jadi bolehlah harganya dikurangkan lagi.
Sumber : Yahoo.com

Sunday, October 6, 2013

iPhone 5C, Ceriakan Hari Anda Terutama Wanita!

iphone 5s
























Sebelum mencuba model iPhone terbaru iaitu 5S, lebih baik kami mencuba model yang lebih berwarna-warni iaitu 5C. Tapi jangan risau, JOM UJI edisi khas iPhone 5S akan diterbitkan juga tidak lama lagi.

Ramai yang salah meneka C sebagai Cheap apabila Apple akhirnya memaklumkan ia sebenarnya Colors dan ia menggambarkan betapa cerianya iPhone baru kepada pengguna. Harganya pun boleh tahan. Saya memperolehnya dari Amerika Syarikat dan ia menelan kos sehingga $549 (edisi paling murah) atau sekurang-kurangnya RM1,756 kalau mahu diikutkan nilai tukaran ringgit semasa.

Nasihat awal, kalau mahukan ciri lebih baik, anda boleh dapatkan harga hampir sama dengan model Samsung Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z atau Nokia Lumia 925 yang kebanyakan harganya telah dimurahkan.

Tetapi, produk Apple mempunyai kekuatannya sendiri yang menjadikan harga bukan ukuran. iPhone bukan pada mesin atau kerangka kecil bersaiz 4 inci itu tetapi rasa premium memakainya. Pada hakikatnya, anda bukan beli telefon tetapi anda membeli jenama.

iphone 5c


























Kelainan iPhone 5C banyak terletak pada body luar dan keupayaan iOS 7 yang sudah dimaklumkan dalam artikel sebelum ini. Tetapi yang mencuri tumpuan saya adalah meskipun ia beroperasi hanya pada pemproses A6 seperti yang didapati dalam iPhone 5, model iPhone 5C beroperasi lancar apabila dibantu iOS 7.

Apabila saya katakan lancar, ia bermakna jika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi lain, atau meleretkan jari menukar antaramuka ke antaramuka yang lain. Termasuk jugalah membuka video, menontonnya dan kemudian melalukan kerja lain tanpa henti. Pendek kata, iPhone 5C beroperasi baik dan tidak mendatangkan masalah. Mungkin juga kerana ia masih baru tetapi sesetengah produk lain sudah menampakkan masalah meskipun baru dua tiga hari memakainya.

Dari segi rekaan, terus-terang saya katakan, kombinasi warna pada iPhone 5C tidak sehebat kombinasi warna pada Lumia 625. Senang cerita, warna Lumia 625 lebih cantik. Tapi body iPhone 5c tidak terlalu licin jadi selesa saja ketika digenggam.

Kekuatan 5C sama saja jika anda sedang memakai model 5. cuma rekaan dan warna saja yang membezakan kedua-duanya. Bagaimanapun, skrinnya 1136 x 640 piksel Retina yang sama juga didapati untuk model 5S.

Sehingga kini, ramai yang beranggapan 5c adalah ‘iPhone Bajet’ tapi ia ternyata bukan begitu! Saya rasakan, iOS7 akan lebih membantu pengeluaran iPhone pada kali ini.

Bateri pula boleh dikatakan 20% lebih baik. Sebelum ini, jika anda memakai iPhone 5, tempoh paling lama sekiranya anda seorang yang sangat aktif mungkin 7 jam jika anda menggunakan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Kadang-kadang, pukul 12 tengahari pun sudah habis.

Saya juga secara tidak sengaja menjatuhkan iPhone 5C di atas jalan tar. Rosaknya tiada tapi sedikit calar memang menjengkelkan terutama jika anda memakai warna terang. Jadi, saya nasihatkan cepat-cepat beli pelindung plastik jernih. Kalau beli pelindung plastik lain, tak nampak pula warnanya yang comelkan?

iPhone 5C baru juga mengekalkan kuasa kamera yang menarik. Jarang saya melihat pengguna iPhone tidak mampu merakam foto yang cantik. Meskipun terdapat aplikasi pihak ketiga yang memberikan kelebihan pada fotografi, kamera 8 megapiksel iPhone 5C menawarkan kualiti dibantu saiz apertur f/2.4.

Disebabkan iPhone 5C mempunyai lima warna yang berlainan, saya pasti wanita antara pembeli yang sangat menyukai model terbaru Apple ini!

Sumber : Yahoo.com

Saturday, October 5, 2013

Aksesori penting untuk lelaki

Tampil bergaya bukan saja terletak pada gaya pemakaian tetapi aksesori juga menjadi 'item' penting untuk mengayakan sesuatu fesyen itu . Apatah lagi jika aksesori yang dipakai itu menunjukkan personaliti yang memukau yang pasti boleh membuat individu itu lebih kelihatan maskulin, berkuasa dan lasak.

Disini antara beberapa 'item' yang pasti penting buat sang jejaka:

Cermin mata hitam
Lelaki dan kaca mata hitam boleh diumpamakan rakan karib seperti 'isi dengan kuku' atau 'bagai aur dengan tebing'. Kebanyakan jejaka gemar mengayakan cermin mata hitam yang melambang personaliti yang menarik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana. Cermin mata hitam juga sesuai dipakai memandang cuaca yang panas dan dianggap penting juga untuk memberi sang jejaka lebih tampak yakin untuk membuat sesuatu perkara.

Tali pinggang
Tanpa tali pinggang rasa pasti pelik apabila mengayakan seluar, tali pinggang itu boleh dianggap sebagai pelengkap kepada aksesori fesyen kerana jika golongan adam ini memakai baju kemeja dan seluar slack tanpa tali pinggang. Dengan kata mudah, tali pinggang itu menonjolkan lagi lagi aura dan pesona sang jejaka. Tidak kira walau sebesar manapun pinggang anda, tali pinggang penting untuk tidak nampak selekeh.

Kasut kulit
Kasut kulit adalah lambang lelaki profesional, kerana jika si lelaki itu seorang eksekutif yang terlibat dalam bidang kerja profesional atau pun berkerja dalam suasana yang memerlukan pakai kasut kulit sudah tentu akan memilih kasut kulit kerana ia akan menyerlahkan lagi karisma anda ketika berjalan dan sudah tentu ia lebih berkualiti tinggi. Biarpun dia cuma seorang penganggur pasti kasut kulit tetap jadi idaman.

Jam tangan Jam tangan adalah pelengkap pada kehidupan si lelaki yang begitu mementingkan ketepatan waktu supaya tidak membazirkan waktu dan jam tangan juga merupakan sesuatu yang penting kerana dengan adanya jam tangan kehidupan sang jejaka pastinya lebih teratur dan berdisplin. Ia juga melambangkan semangat lelaki itu yang akan menepati masa.

Beg sandang
Sekarang ini, bukan kaum hawa sahaja yang minat memakai beg sandang kerana kaum adam juga sudah mula berjinak-jinak dengan beg sandang kerana ia tampak lebih santai dan tidak lengkap tanpa beg sandang yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Telefon bimbit
Ini 'item' yang paling penting kerana sesiapa pun tanpa telefon bimbit di sisi pastinya akan merindui dan bosan jika hidup tanpa telefon bimbit kerana di arus kemodenan ini telefon bimbit sudah menjadi 'item' wajib. Telefon bimbit juga haruslah yang terkini dan tercanggih sesuai dengan jiwa lelaki yang sentiasa seiring dengan teknologi dan zaman.

Jika anda seorang lelaki sudah pasti anda mahu tampil penuh gaya dan berkeyakinan dengan penampilan istimewa. Sudah pasti ketampanan dan 'kemachoan' anda akan lebih terserlah jika menggayakan aksesori yang sepadan dan hebat. Jadi sebagai lelaki kita harus bijak memilih item untuk kelihatan bergaya dan maskulin.

Sumber : Yahoo.com

Friday, October 4, 2013

HTC One kalahkan Apple dan Samsung

Telefon pintar HTC One telah berjaya menewaskan telefon pintar keluaran Apple dan Samsung untuk memenangi Anugerah Gajet Terbaik 2013 dalam majalah T3 pada yang diadakan di London.

Walaupun peranti baru Apple yang mendominasi jualan dalam pasaran telefon pintar, tetapi HTC One berjaya dinobat juara tahunan serta rekaan terbaik dalam majalah tersebut.

Menurut editor T3 Kieran Alger, "Tahun ini agak sukar untuk memilih siapa yang terbaik kerana setiap pemenang masing-masing mempunyai kelebihan dari segi inovasi dan rekaan."

Namun Begitu, Apple berjaya memenangi anugerah komputer dan tablet tahunan, manakala Samsung pula memenangi Anugerah Jenama Terbaik . Turut berada dalam senarai pemenang ialah Sony yang memenangi Anugerah Kamera Digital & Televisyen Terbaik 2013.

Sementara itu, Michael Acton Smith, pengasas bersama syarikat hiburan "Mind Candy" yang mencipta Permainan Moshi Monster, telah dianugerahkan pencapaian terbaik atas sumbangan cemerlang beliau dalam teknologi.

Sumber : Yahoo.com

Thursday, October 3, 2013

14 sebab mengapa anda perlu amal makan timun

Timun


















Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun!

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Sumber : Yahoo.com

Wednesday, October 2, 2013

Simptom Kanser Mulut


Video diatas menunjukkan cara bagaimana nak melakukan pengesanan awal kanser mulut.

Tahun 2012 melabuhkan tirainya dengan cerita duka kematian artis FTV, Cecilia Vickend. Wanita berusia 26 tahun itu diserang kanser rongga mulut, dengan gejala awal sariawan yang tidak sembuh-sembuh. Ada kemungkinan penyakit itu menyerang kita juga.

Menurut doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Kartika Dwiyani, kadang-kadang pesakit kanser rongga mulut tidak menyedari keadaan yang dialaminya itu. "Pesakit tidak mengadu kesakitan," ujarnya.
Padahal menurut beliau, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang diserang kanser rongga mulut.

Pada awalnya tentu ada luka (merujuk pada keadaan tisu yang abnormal pada tubuh) awal kanser. Misalnya, muncul tompok putih (leukoplakia) atau tompok merah (eritroplakia) di rongga mulut dan luka (ulser) atau yang biasa dikenali sebagai sariawan. Ciri-ciri sariawan: bahagian tepinya terasa keras, ia berbonjol sedikit berbanding bahagian sekitarnya, bahagian dasarnya berbintil-bintil dan mengelupas, serta kadang-kadang mudah berdarah.

"Oleh kerana tiada rasa sakit, pesakit sering kali berjumpa doktor ketika kanser sudah dalam peringkat kritikal," ujar doktor lulusan Universiti Indonesia ini.

Justeru sekiranya tanda-tanda tersebut dialami, Kartika menyarankan agar pesakit segera berjumpa doktor pakar yang berkaitan, dan bukan doktor am.  Jika cuma sariawan, ia boleh sembuh dalam tempoh 7-10 hari atau dirawat dengan ubat seperti ubat antiradang.

Menurut Kartika lagi, kanser rongga mulut berpunca daripada faktor lokal, luaran serta pesakit sendiri. Faktor lokal meliputi kebersihan mulut. Ini berkaitan dengan kekerapan memberus gigi dan rawatan gigi berlubang. Keradangan kronik boleh berlaku kepada pesakit yang keadaan kebersihan mulutnya amat buruk.

"Keradangan kronik yang berlaku di rongga mulut adalah faktor risiko berkembangnya kanser rongga mulut," tegasnya. Bagi faktor luaran, Kartika menjelaskan yang punca utamanya ialah kebiasaan merokok dan minum alkohol. Penyelidikan di Sepanyol pada 2004 mendapati perokok dan peminum alkohol mempunyai risiko 50 kali ganda lebih tinggi untuk diserang kanser rongga mulut berbanding individu bukan perokok dan peminum alkohol.

Mengapa ini terjadi? Ahli Persatuan Pakar Perubatan ENT Indonesia itu menjelaskan, tembakau yang terdapat dalam rokok mengandungi kira-kira 50 bahan karsinogenik iaitu bahan yang mencetuskan kanser kerana kemampuannya merosakkan metabolisme sel.

Sementara alkohol pula berperanan sebagai larutan yang dapat mendedahkan mukosa terhadap bahan karsinogenik. Ini mengakibatkan penyerapan bahan pencetus kanser ke dalam mukosa rongga mulut.

"Zat dalam alkohol juga boleh mengganggu metabolisme sel dalam tubuh, misalnya sel rongga mulut," katanya. Bahkan, pendedahan kepada sinar ultraungu yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kerosakan sel sehingga mencetuskan kanser.  Selain sinar ultraungu, pemakanan juga boleh menjadi faktor risiko terjadinya kanser rongga mulut.
Jangkitan virus papiloma manusia (HPV). Jangkitan ini tiada gejala dan boleh disebarkan melalui hubungan seks atau melalui ibu kepada bayi yang dilahirkannya.

Individu yang dijangkiti HPV juga boleh sembuh sendiri tanpa menimbulkan sebarang gejala apapun. HPV dapat menghasilkan protein yang boleh mengganggu metabolisme sel normal, sehingga mencetuskan kanser.

"Kanser rongga mulut yang berkaitan dengan jangkitan HPV biasanya berlaku pada usia muda," kata Kartika.

Sementara itu, punca dari dalam diri pesakit sendiri yang menjadi risiko terjadinya kanser rongga mulut ialah faktor genetik atau keturunan. Dari segi usia, kanser rongga mulut biasanya berlaku pada pesakit yang berusia lebih 55 tahun.

"Namun ia boleh berubah mengikut banyaknya jangkitan HPV tadi," katanya.

Lantas, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Kartika menekankan bahawa tidak semua kes kanser rongga mulut boleh dielakkan. "Tetapi kita boleh mengurangkan faktor risiko penyebabnya," jelas beliau.

Salah satu caranya adalah mengelakkan tabiat menghisap rokok dan minum alkohol.  Pemakanan yang sihat serta mengurangkan pendedahan langsung kepada sinar ultraungu juga dapat mengurangkan faktor risiko penyebab kanser.

Sumber: Yahoo.com

Kalau nak selamat ikut pemakanan sunnah rasullulah, jauhkan benda-benda membawa kemusnahan seperti rokok, alkohol, dadah dan sebagainya.

Tuesday, October 1, 2013

Apakah itu Server Proksi dan mengapa anda perlukannya?



















Sudah tentu, pengguna berpengalaman perkhidmatan Internet tahu apa itu server proksi. Artikel ini adalah lebih disyorkan untuk orang baru, walaupun ia mungkin  berguna untuk pengguna yang berpengalaman yang cuba mencari sesuatu yang menarik. Apakah server proksi dan mengapa kita perlu? Server proksi adalah server perantara antara PC anda dan web sumber. Oleh itu, apabila proksi digunakan, permintaan dari PC anda pergi ke server proksi di mana ia diproses, dan kemudian ia akan mencapai yang diperlukan dari web sumber.

Dengan itu, pautan server web akan pergi kepada proksi pertama, dan kemudian ia akan sampai ke PC anda. Tetapi mengapa ia perlu begitu rumit? Terdapat beberapa jawapan kepada soalan ini: penggunaan proksi boleh mempercepatkan akses kepada beberapa sumber (jika proksi yang kuat disambungkan kepada saluran kelajuan tinggi); - akses Internet melalui server proksi membolehkan ketanpanamaan meningkat di web (dengan manipulasi alamat IP) - jika anda telah diharamkan pada mana-mana web sumber dan anda perlukan untuk sampai ke sana, manipulasi alamat IP akan membantu anda lulus atas pengharaman tersebut dan masuk, contohnya, forum; - menggunakan proksi membolehkan pengurusan trafik dalam rangkaian korporat, iaitu beberapa pengguna boleh bekerja melalui web secara langsung, sebahagian daripada mereka bekerja melalui proksi, dan lain-lain, yang membolehkan ia berkomunikasi.

Pada asasnya, terdapat beberapa cara lain untuk menggunakan proksi, tetapi hampir semua tugas-tugas yang mustahil bagi kebanyakan orang termasuk dalam jawapan yang dinyatakan di atas. Mari kita pertimbangkan bagaimana proksi membolehkan mempercepatkan akses sumber. Sebagai contoh, anda perlu cara terpantas untuk pergi dari Moscow ke Berlin. Ada pilihan untuk mengambil kereta api sekarang atau mengambil penerbangan pada esok. Anda menyedari bahawa, jika menunggu sehingga esok, anda akan sampai lebih cepat ke ibu negara Jerman kerana kelewatan penerbangan akan digantikan dengan kelajuan berbanding kereta api. Ia bermaksud apabila mengikut jalan dekat,  "Moscow-Berlin" ia akan menjadi lebih perlahan berbanding jalan "Moscow airport-Berlin". Dalam kes ini, skim "Moscow airport-Berlin" adalah kerja-kerja melalui proksi dimana Moscow adalah komputer pengguna, lapangan terbang adalah server proksi, dan Berlin adalah laman web yang dikehendaki. Manfaat daripada manipulasi alamat IP boleh dijelaskan menggunakan satu contoh yang sangat berkait baru-baru ini:Anda adalah seorang wartawan dan perlu sampai ke zon pertempuran (negara ะก) untuk membuat laporan yang menarik. Jika anda pergi terus dari negara anda, maka anda akan secara rasmi terhad dan menghadapi kegagalan untuk mengarang cerita yang menarik dan menyeluruh. Dalam kes ini, anda terbang ke negara B (jiran negara C), dari sini anda boleh pergi kepada negara C sebagai pelancong. Dalam pandangan "Negara A - Negara B - Negara C", dikedudukan kedua anda bertukar dari wartawan berpengalaman ke pelancong sesat. Ini adalah bagaimana server proksi merubah alamat IT anda, dan web server  berfikir anda berada di lokasi yang berbeza.

Walau bagaimanapun, banyak proksi mengekalkan log sambungan lantas memudahkan penyammbungan rantaian terbalik. Dalam kes ini, ia bermaksud: jika wartawan perlu diperiksa, pihak berkuasa akan melihat dokumen itu (jika dia telah sampai) dan mengetahui dia sampai ke sini dari negara B di mana ia terbang dari negara A. Anda perlu ingat bahawa mereka boleh mencari anda selepas membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang di web, tetapi selalu nya tidak.

Penjelasan adalah bahawa anda meninggalkan kesan dalam bentuk log server proksi, pada server pembekal, dan lain-lain, apabila melakukan sesuatu di Internet. Kebanyakan proksi, bagaimanapun, tidak menukar alamat IP (server ini juga dipanggil telus), mereka hanya membenarkan cache data, iaitu mempercepatkan akses sumber dengan memuat naik kandungan ke server perantara.
Ingat Anda boleh dicari walau dimana jua..

Apple menang anugerah jenama terbaik 2013????

No. 2012 2013
1. Coca-Cola Apple
2. Apple Google
3. IBM Coca-Cola
4. Google IBM
5. Microsoft Microsoft
6. General Electric General Electric
7. McDonald's McDonald's
8. Intel Samsung
9. Samsung Intel
10. Toyota Toyota

Syarikat gergasi teknologi Apple berjaya memenangi anugerah jenama terbaik dunia pada tahun ini mengalah Google dan Coca-Cola yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Ini adalah satu tamparan hebat kepada syarikat gergasi minuman ringan Coca-Cola yang memenangi gelaran jenama terbaik dunia ini pada tahun lepas.

Malah , Coca-Cola jatuh dua tempat ke tangga ketiga, tewas kepada enjin carian Google di tempat kedua. Manakala syarikat gergasi komputer gergasi IBM dan Microsoft mengisi lima teratas.

Jenama terbaik ini dinilai dari segi beberapa faktor, termasuk bagaimana baiknya sesuatu produk itu atau perkhidmatannya serta prestasi kewanganyang mampu mempengaruhi pengguna.

"Setiap sebuah syarikat yang mengubah kehidupan kita bukan hanya dengan produk itu sahaja tetapi ia disertaikan sekali dengan budayanya." Kata Jez Frampton, ketua eksekutif Interbrand. "Untuk mengekalkan kedudukan nombor satu sepanjang tahun depan , Apple harus merancang strategi terbaik untuk mengawal pasaran mudah alih daripada pesaingnya Samsung." Kata perunding itu lagi.

Sementara itu, beberapa nama besar yang semakin meningkat baru-baru ini kini telah semakin hilang kedudukan mereka seperti Blackberry tidak disenaraikan, serta Nokia jatuh dari tempat ke-13 kepada 57. Namun rangkaian sosial Facebook melonjak ke tempat 52 daripada 69.

Menurut Interbrand, jenama Apple bernilai AS$98.31 billion (RM318.7 billion) iaitu naik 28% berbanding tahun lepas dan jenama Google juga meningkat AS$93.29 billion (RM302.4 billion).

Sumber: Yahoo.com
Biar betul? atau hanya di US. Kenapa tak ada jenama dari asia macam Samsung, Sony....