Friday, October 11, 2013

Masa yang terbaik untuk anda bersenam

Apakah masa yang terbaik untuk anda bersenam? Memandangkan betapa sibuknya kehidupan zaman sekarang, ia adalah masuk akal untuk meluangkan beberapa minit untuk bersenam.

Di sini, kami berikan anda tip-tip yang boleh membantu anda mencari masa yang terbaik untuk jadual bersenam anda berdasarkan target yang ingin dicapai.

Jika anda mempunyai mesyuarat tegang yang telah dirancang. Bersenam sebelum itu. Tiga puluh minit senaman berintensiti sederhana boleh mengurangkan tindak balas fisiologi badan terhadap tekanan dengan meningkatkan neurotransmitter baik seperti dopamin. Selain itu, ia juga menggalakkan otak anda untuk mematikan tindak balas tekanan ini. Anda akan merasakan kesan kira-kira 15 minit selepas anda selesai bersenam.

Jika anda mempunyai masalah tidur. Bersenam dengan betul sebelum tidur. Anda mungkin pernah mendengar bahawa bersenam sebelum tidur menjadikan seseorang lebih sukar untuk tidur. Namun begitu, menurut satu kajian baru-baru ini, orang yang bersenam pada bila-bila masa, tidak kira siang atau malam akan mendapat tidur lebih nyenyak. Jika tidur anda tidak lena, aktiviti yoga yang ringkas adalah yang terbaik serta lebih selamat daripada pil tidur.

Jika anda mahu mengelakkan kecederaan. Lakukan senaman pada awal petang. Senang untuk kejang otot atau terseliuh buku lali? Tunggulah sehingga selepas kerja untuk bersenam. Pada awal pagi, suhu badan semula jadi anda adalah rendah, jadi anda mungkin terdedah kepada tekanan dan kecederaan jika bersenam pada waktu tersebut. Untuk mengelakkan kecederaan, bersenamlah dalam lingkungan masa 4 – 8 petang.

Jika anda mahu untuk mengurangkan berat. Bersenam sebelum sarapan pagi. Memaksimumkan potensi pembakaran kalori badan anda dengan pergi ke gimnasium pada waktu pagi. Orang yang berlari di atas 'treadmill' sebelum sarapan, pembakaran lemak berlaku kira-kira 20 peratus lebih banyak berbanding dengan orang yang bersarapan terlebih dahulu.

Jika anda mahu mengelakkan serangan alahan. Bersenam di waktu malam. Alahan biasanya disebabkan oleh debunga yang banyak ada pada waktu 4–10 pagi. Ini bermakna jika anda fikir bersenam pada waktu pagi di luar akan membekalkan anda tenaga, fikirkan semula sekiranya anda seorang yang mudah jatuh sakit. Ia akan membuatkan anda pening dan terdedah kepada gejala-gejala alahan sepanjang hari.

Sumber : Yahoo.com

Thursday, October 10, 2013

4 Kombo makanan yang sangat berkhasiat untuk tubuh badan

Adakah anda tahu bahawa apabila anda menggabungkan dua makanan yang sihat bersama-sama, khasiat mereka lebih banyak berbanding makan satu jenis sahaja? Terdapat penemuan baru dan menarik tentang bagaimana kombinasi makanan tertentu sebenarnya boleh melambatkan penuaan dengan mengurangkan keradangan sel serta membolehkan anda untuk kelihatan baik dan sihat berbanding sebelumnya. Di sini, kami senaraikan 4 gabungan makanan yang dipercayai baik untuk kesihatan anda dan melambatkan penuaan.





















Limau gedang + Avokado = Cegah kerosakan sel-sel dalam badan
Limu gedang mempunyai khasiatnya yang tersendiri. Ianya kaya dengan 'lycopene', sejenis antioksidan yang telah terbukti dapat mengurangkan keradangan dan mencegah kerosakan sel. Tetapi apabila anda menggabungkan lima gedang bersama avokado, lemak sihat yang terkandung dalam avokado boleh membantu dalam meningkatkan penyerapan 'lycopene', menjadikannya lebih lebih efisien untuk digunakan untuk badan.

Cubalah gabungkan limau gedang dan avokado 1 atau 2 kali seminggu. Anda boleh mencampurkan mereka ke dalam makanan anda atau jadikan mereka sebagai salad.





















Kubis 'Brussels' + Minyak zaitun = Baik untuk melindungi mata
'Lutein' yang terdapat dalam kubis 'Brussels' berupaya untuk mengurangkan risiko katarak dan penglihatan kabur yang berkaitan dengan usia. Sudah semestinya, ia adalah salah satu daripada nutrien yang paling bermanfaat untuk penglihatan anda. Bahkan, apabila anda tambahkan minyak zaitun bersama kubis 'Brussels', lemak minyak yang sihat tersebut akan meningkatkan jumlah 'Lutein' yang mana boleh disimpan oleh badan anda untuk kesihatan yang baik.

Salah satu cara yang lazat untuk makan kombo ini ialah gunakan beras perang yang boleh dimasak menggunakan gelombang ketuhar dan kukus kubis 'Brussels' bersama minyak zaitun dengan daging ayam belanda. Ianya sangat lazat!






















Epal + Coklat Gelap = Cegah penyakit jantung
'Quercetin' yang terkandung dalam buah epal dan kulitnya sangat bagus untuk anti keradangan. Selain itu, anda boleh meningkatkan khasiatnya dengan menggabungkan epal bersama coklat gelap yang kaya dengan 'flavonoid'. Kajian menunjukkan bahawa apabila anda makan gabungan ini bersama-sama, kedua-dua makanan yang sarat dengan antioksidan ini boleh mengurangkan risiko penyakit jantung dan bantu mencegah pembekuan darah.

Untuk pencuci mulut yang lazat, potong buah epal dalam hirisan yang nipis dan campurkannya bersama coklat gelap yang cair serta kacang yang telah cincang, kemudian simpan di dalam peti sejuk. Jangan risau, pencuci mulut ini boleh dinikmati setiap hari!





















Teh hijau + Lemon = Buatkan kulit tampak lebih muda
Seperti yang anda tahu, teh hijau sangat kaya dengan 'catechin', satu antioksidan yang sangat bagus. Dengan tambahan jus lemon, anda akan memaksimumkan kebolehan 'catechin' untuk menjaga kulit anda supaya kelihatan lebih muda. Vitamin C dalam jus lemon juga melambatkan pencernaan antioksidan yang terkandung dalam teh yang mana boleh digunakan oleh badan anda untuk masa yang lebih lama. Gabungan yang lazat ini boleh dinikmati setiap hari tanpa had.

Sumber : Yahoo.com

Alcatel, Masih Belum Dilupakan

Anda mungkin mengenali Alcatel mungkin menerusi model One Touch Easy DB yang dikeluarkan pada tahun 2000 berbentuk kandibar yang mempunyai hanya rangkaian 900/1800MHz dengan skrin hanya membolehkan tiga baris memuatkan perkataan tertentu.

Ia dihidupkan pula bateri jenis AAA tetapi masih mampu dilengkapi fungsi kunci butang, pembesar suara dan jam loceng.

Kemudian selepas beberapa model, Alcatel seakan lenyap di dunia namun kembali dengan model baru yang memang unik ditambah pula dengan rekaan yang cantik pada harga sangat berpatutan meskipun 'enjin'nya agak berkuasa.

Menerusi model OneTouch Idol X, Alcatel seakan mengembalikan memori lama anda jika anda sudah memakai telefon pada tahun 2001 hinggalah 2004. Ketika itu jenama-jenama seperti Alcatellah yang mengekori rapat Nokia dari jauh.


smartphone


























OneTouch masih dikekalkan sebagai keluarga telefon mereka dan menariknya mengenai Idol X yang baru ini adalah ia mensasarkan telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan citarasa, rekabentuk menarik dan prestasi terbaik.

Saya memang bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan paparan 5-inci Full HD IPS hingga kepada badannya yang nipis serta pemproses quad-core 1.5 GHz, membolehkannya berdiri sebaris telefon mahal. Kalau anda mahukan kelainan, Idol X memang jawapannya juga. Selepas memakainya untuk beberapa minggu. Jarang pula saya mengalami masalah biasa seperti 'hang' dan cepat panas. Dari aspek rekaan, telefon ini merupakan pakej lengkap yang anggun dan baik dari segi dalamannya mahupun dari segi luarannya.

Hasil seni pembuatan halus ini membolehkannya ditawarkan senipis 6.9mm jadi saya langsung tidak menghadapi masalah memuatkannya dalam poket. Apabila dipegang pun, ia selesa dan tidak membebankan. Cukup-cukup dalam tangan. Apa yang menari perhatian adalah paparannya. Teknologi pelaminaan penuh memastikan tiada jurang di antara paparan hablur cecair (LCD) dan panel sesentuh. Penghantaran cahaya yang lebih tinggi memudahkan paparan telefon dibaca baik di bawah sinaran matahari terang mahupun di dalam gelap, manakala In-plane Switching Technology (IPS) menawarkan sudut penglihatan  yang terbaik di pasaran pada 170 darjah. Anda boleh menikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 13.1 Megapixel di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Cara penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik. Bagi memudahkan penggunaan, OneTouch Live menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, jadi anda boleh menjadikan telefon anda mengikut citarasa anda yang tersendiri dengan mudah.

Ketahanan bateri ketika penggunaan aktif? Cukup untuk 7 jam!
Harganya pun murah saja, hanya RM1,099 namun pembelian anda pasti berbaloi. Sayangnya, ia tidak dimasukkan bersama pelan tertentu dalam pakej telekomunikasi. Saya cadangkan kesemua syarikat telekomunikasi menyediakan telefon ini sebagai salah satu pelan peranti Android masing-masing jadi bolehlah harganya dikurangkan lagi.
Sumber : Yahoo.com

Sunday, October 6, 2013

iPhone 5C, Ceriakan Hari Anda Terutama Wanita!

iphone 5s
























Sebelum mencuba model iPhone terbaru iaitu 5S, lebih baik kami mencuba model yang lebih berwarna-warni iaitu 5C. Tapi jangan risau, JOM UJI edisi khas iPhone 5S akan diterbitkan juga tidak lama lagi.

Ramai yang salah meneka C sebagai Cheap apabila Apple akhirnya memaklumkan ia sebenarnya Colors dan ia menggambarkan betapa cerianya iPhone baru kepada pengguna. Harganya pun boleh tahan. Saya memperolehnya dari Amerika Syarikat dan ia menelan kos sehingga $549 (edisi paling murah) atau sekurang-kurangnya RM1,756 kalau mahu diikutkan nilai tukaran ringgit semasa.

Nasihat awal, kalau mahukan ciri lebih baik, anda boleh dapatkan harga hampir sama dengan model Samsung Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z atau Nokia Lumia 925 yang kebanyakan harganya telah dimurahkan.

Tetapi, produk Apple mempunyai kekuatannya sendiri yang menjadikan harga bukan ukuran. iPhone bukan pada mesin atau kerangka kecil bersaiz 4 inci itu tetapi rasa premium memakainya. Pada hakikatnya, anda bukan beli telefon tetapi anda membeli jenama.

iphone 5c


























Kelainan iPhone 5C banyak terletak pada body luar dan keupayaan iOS 7 yang sudah dimaklumkan dalam artikel sebelum ini. Tetapi yang mencuri tumpuan saya adalah meskipun ia beroperasi hanya pada pemproses A6 seperti yang didapati dalam iPhone 5, model iPhone 5C beroperasi lancar apabila dibantu iOS 7.

Apabila saya katakan lancar, ia bermakna jika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi lain, atau meleretkan jari menukar antaramuka ke antaramuka yang lain. Termasuk jugalah membuka video, menontonnya dan kemudian melalukan kerja lain tanpa henti. Pendek kata, iPhone 5C beroperasi baik dan tidak mendatangkan masalah. Mungkin juga kerana ia masih baru tetapi sesetengah produk lain sudah menampakkan masalah meskipun baru dua tiga hari memakainya.

Dari segi rekaan, terus-terang saya katakan, kombinasi warna pada iPhone 5C tidak sehebat kombinasi warna pada Lumia 625. Senang cerita, warna Lumia 625 lebih cantik. Tapi body iPhone 5c tidak terlalu licin jadi selesa saja ketika digenggam.

Kekuatan 5C sama saja jika anda sedang memakai model 5. cuma rekaan dan warna saja yang membezakan kedua-duanya. Bagaimanapun, skrinnya 1136 x 640 piksel Retina yang sama juga didapati untuk model 5S.

Sehingga kini, ramai yang beranggapan 5c adalah ‘iPhone Bajet’ tapi ia ternyata bukan begitu! Saya rasakan, iOS7 akan lebih membantu pengeluaran iPhone pada kali ini.

Bateri pula boleh dikatakan 20% lebih baik. Sebelum ini, jika anda memakai iPhone 5, tempoh paling lama sekiranya anda seorang yang sangat aktif mungkin 7 jam jika anda menggunakan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Kadang-kadang, pukul 12 tengahari pun sudah habis.

Saya juga secara tidak sengaja menjatuhkan iPhone 5C di atas jalan tar. Rosaknya tiada tapi sedikit calar memang menjengkelkan terutama jika anda memakai warna terang. Jadi, saya nasihatkan cepat-cepat beli pelindung plastik jernih. Kalau beli pelindung plastik lain, tak nampak pula warnanya yang comelkan?

iPhone 5C baru juga mengekalkan kuasa kamera yang menarik. Jarang saya melihat pengguna iPhone tidak mampu merakam foto yang cantik. Meskipun terdapat aplikasi pihak ketiga yang memberikan kelebihan pada fotografi, kamera 8 megapiksel iPhone 5C menawarkan kualiti dibantu saiz apertur f/2.4.

Disebabkan iPhone 5C mempunyai lima warna yang berlainan, saya pasti wanita antara pembeli yang sangat menyukai model terbaru Apple ini!

Sumber : Yahoo.com

Saturday, October 5, 2013

Aksesori penting untuk lelaki

Tampil bergaya bukan saja terletak pada gaya pemakaian tetapi aksesori juga menjadi 'item' penting untuk mengayakan sesuatu fesyen itu . Apatah lagi jika aksesori yang dipakai itu menunjukkan personaliti yang memukau yang pasti boleh membuat individu itu lebih kelihatan maskulin, berkuasa dan lasak.

Disini antara beberapa 'item' yang pasti penting buat sang jejaka:

Cermin mata hitam
Lelaki dan kaca mata hitam boleh diumpamakan rakan karib seperti 'isi dengan kuku' atau 'bagai aur dengan tebing'. Kebanyakan jejaka gemar mengayakan cermin mata hitam yang melambang personaliti yang menarik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana. Cermin mata hitam juga sesuai dipakai memandang cuaca yang panas dan dianggap penting juga untuk memberi sang jejaka lebih tampak yakin untuk membuat sesuatu perkara.

Tali pinggang
Tanpa tali pinggang rasa pasti pelik apabila mengayakan seluar, tali pinggang itu boleh dianggap sebagai pelengkap kepada aksesori fesyen kerana jika golongan adam ini memakai baju kemeja dan seluar slack tanpa tali pinggang. Dengan kata mudah, tali pinggang itu menonjolkan lagi lagi aura dan pesona sang jejaka. Tidak kira walau sebesar manapun pinggang anda, tali pinggang penting untuk tidak nampak selekeh.

Kasut kulit
Kasut kulit adalah lambang lelaki profesional, kerana jika si lelaki itu seorang eksekutif yang terlibat dalam bidang kerja profesional atau pun berkerja dalam suasana yang memerlukan pakai kasut kulit sudah tentu akan memilih kasut kulit kerana ia akan menyerlahkan lagi karisma anda ketika berjalan dan sudah tentu ia lebih berkualiti tinggi. Biarpun dia cuma seorang penganggur pasti kasut kulit tetap jadi idaman.

Jam tangan Jam tangan adalah pelengkap pada kehidupan si lelaki yang begitu mementingkan ketepatan waktu supaya tidak membazirkan waktu dan jam tangan juga merupakan sesuatu yang penting kerana dengan adanya jam tangan kehidupan sang jejaka pastinya lebih teratur dan berdisplin. Ia juga melambangkan semangat lelaki itu yang akan menepati masa.

Beg sandang
Sekarang ini, bukan kaum hawa sahaja yang minat memakai beg sandang kerana kaum adam juga sudah mula berjinak-jinak dengan beg sandang kerana ia tampak lebih santai dan tidak lengkap tanpa beg sandang yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Telefon bimbit
Ini 'item' yang paling penting kerana sesiapa pun tanpa telefon bimbit di sisi pastinya akan merindui dan bosan jika hidup tanpa telefon bimbit kerana di arus kemodenan ini telefon bimbit sudah menjadi 'item' wajib. Telefon bimbit juga haruslah yang terkini dan tercanggih sesuai dengan jiwa lelaki yang sentiasa seiring dengan teknologi dan zaman.

Jika anda seorang lelaki sudah pasti anda mahu tampil penuh gaya dan berkeyakinan dengan penampilan istimewa. Sudah pasti ketampanan dan 'kemachoan' anda akan lebih terserlah jika menggayakan aksesori yang sepadan dan hebat. Jadi sebagai lelaki kita harus bijak memilih item untuk kelihatan bergaya dan maskulin.

Sumber : Yahoo.com

Friday, October 4, 2013

HTC One kalahkan Apple dan Samsung

Telefon pintar HTC One telah berjaya menewaskan telefon pintar keluaran Apple dan Samsung untuk memenangi Anugerah Gajet Terbaik 2013 dalam majalah T3 pada yang diadakan di London.

Walaupun peranti baru Apple yang mendominasi jualan dalam pasaran telefon pintar, tetapi HTC One berjaya dinobat juara tahunan serta rekaan terbaik dalam majalah tersebut.

Menurut editor T3 Kieran Alger, "Tahun ini agak sukar untuk memilih siapa yang terbaik kerana setiap pemenang masing-masing mempunyai kelebihan dari segi inovasi dan rekaan."

Namun Begitu, Apple berjaya memenangi anugerah komputer dan tablet tahunan, manakala Samsung pula memenangi Anugerah Jenama Terbaik . Turut berada dalam senarai pemenang ialah Sony yang memenangi Anugerah Kamera Digital & Televisyen Terbaik 2013.

Sementara itu, Michael Acton Smith, pengasas bersama syarikat hiburan "Mind Candy" yang mencipta Permainan Moshi Monster, telah dianugerahkan pencapaian terbaik atas sumbangan cemerlang beliau dalam teknologi.

Sumber : Yahoo.com

Thursday, October 3, 2013

14 sebab mengapa anda perlu amal makan timun

Timun


















Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun!

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.

Sumber : Yahoo.com

Wednesday, October 2, 2013

Simptom Kanser Mulut


Video diatas menunjukkan cara bagaimana nak melakukan pengesanan awal kanser mulut.

Tahun 2012 melabuhkan tirainya dengan cerita duka kematian artis FTV, Cecilia Vickend. Wanita berusia 26 tahun itu diserang kanser rongga mulut, dengan gejala awal sariawan yang tidak sembuh-sembuh. Ada kemungkinan penyakit itu menyerang kita juga.

Menurut doktor pakar telinga, hidung dan tekak (ENT), Kartika Dwiyani, kadang-kadang pesakit kanser rongga mulut tidak menyedari keadaan yang dialaminya itu. "Pesakit tidak mengadu kesakitan," ujarnya.
Padahal menurut beliau, ada beberapa tanda yang menunjukkan seseorang diserang kanser rongga mulut.

Pada awalnya tentu ada luka (merujuk pada keadaan tisu yang abnormal pada tubuh) awal kanser. Misalnya, muncul tompok putih (leukoplakia) atau tompok merah (eritroplakia) di rongga mulut dan luka (ulser) atau yang biasa dikenali sebagai sariawan. Ciri-ciri sariawan: bahagian tepinya terasa keras, ia berbonjol sedikit berbanding bahagian sekitarnya, bahagian dasarnya berbintil-bintil dan mengelupas, serta kadang-kadang mudah berdarah.

"Oleh kerana tiada rasa sakit, pesakit sering kali berjumpa doktor ketika kanser sudah dalam peringkat kritikal," ujar doktor lulusan Universiti Indonesia ini.

Justeru sekiranya tanda-tanda tersebut dialami, Kartika menyarankan agar pesakit segera berjumpa doktor pakar yang berkaitan, dan bukan doktor am.  Jika cuma sariawan, ia boleh sembuh dalam tempoh 7-10 hari atau dirawat dengan ubat seperti ubat antiradang.

Menurut Kartika lagi, kanser rongga mulut berpunca daripada faktor lokal, luaran serta pesakit sendiri. Faktor lokal meliputi kebersihan mulut. Ini berkaitan dengan kekerapan memberus gigi dan rawatan gigi berlubang. Keradangan kronik boleh berlaku kepada pesakit yang keadaan kebersihan mulutnya amat buruk.

"Keradangan kronik yang berlaku di rongga mulut adalah faktor risiko berkembangnya kanser rongga mulut," tegasnya. Bagi faktor luaran, Kartika menjelaskan yang punca utamanya ialah kebiasaan merokok dan minum alkohol. Penyelidikan di Sepanyol pada 2004 mendapati perokok dan peminum alkohol mempunyai risiko 50 kali ganda lebih tinggi untuk diserang kanser rongga mulut berbanding individu bukan perokok dan peminum alkohol.

Mengapa ini terjadi? Ahli Persatuan Pakar Perubatan ENT Indonesia itu menjelaskan, tembakau yang terdapat dalam rokok mengandungi kira-kira 50 bahan karsinogenik iaitu bahan yang mencetuskan kanser kerana kemampuannya merosakkan metabolisme sel.

Sementara alkohol pula berperanan sebagai larutan yang dapat mendedahkan mukosa terhadap bahan karsinogenik. Ini mengakibatkan penyerapan bahan pencetus kanser ke dalam mukosa rongga mulut.

"Zat dalam alkohol juga boleh mengganggu metabolisme sel dalam tubuh, misalnya sel rongga mulut," katanya. Bahkan, pendedahan kepada sinar ultraungu yang berlebihan juga boleh mengakibatkan kerosakan sel sehingga mencetuskan kanser.  Selain sinar ultraungu, pemakanan juga boleh menjadi faktor risiko terjadinya kanser rongga mulut.
Jangkitan virus papiloma manusia (HPV). Jangkitan ini tiada gejala dan boleh disebarkan melalui hubungan seks atau melalui ibu kepada bayi yang dilahirkannya.

Individu yang dijangkiti HPV juga boleh sembuh sendiri tanpa menimbulkan sebarang gejala apapun. HPV dapat menghasilkan protein yang boleh mengganggu metabolisme sel normal, sehingga mencetuskan kanser.

"Kanser rongga mulut yang berkaitan dengan jangkitan HPV biasanya berlaku pada usia muda," kata Kartika.

Sementara itu, punca dari dalam diri pesakit sendiri yang menjadi risiko terjadinya kanser rongga mulut ialah faktor genetik atau keturunan. Dari segi usia, kanser rongga mulut biasanya berlaku pada pesakit yang berusia lebih 55 tahun.

"Namun ia boleh berubah mengikut banyaknya jangkitan HPV tadi," katanya.

Lantas, bagaimanakah cara untuk mengatasi masalah ini?

Kartika menekankan bahawa tidak semua kes kanser rongga mulut boleh dielakkan. "Tetapi kita boleh mengurangkan faktor risiko penyebabnya," jelas beliau.

Salah satu caranya adalah mengelakkan tabiat menghisap rokok dan minum alkohol.  Pemakanan yang sihat serta mengurangkan pendedahan langsung kepada sinar ultraungu juga dapat mengurangkan faktor risiko penyebab kanser.

Sumber: Yahoo.com

Kalau nak selamat ikut pemakanan sunnah rasullulah, jauhkan benda-benda membawa kemusnahan seperti rokok, alkohol, dadah dan sebagainya.

Tuesday, October 1, 2013

Apakah itu Server Proksi dan mengapa anda perlukannya?



















Sudah tentu, pengguna berpengalaman perkhidmatan Internet tahu apa itu server proksi. Artikel ini adalah lebih disyorkan untuk orang baru, walaupun ia mungkin  berguna untuk pengguna yang berpengalaman yang cuba mencari sesuatu yang menarik. Apakah server proksi dan mengapa kita perlu? Server proksi adalah server perantara antara PC anda dan web sumber. Oleh itu, apabila proksi digunakan, permintaan dari PC anda pergi ke server proksi di mana ia diproses, dan kemudian ia akan mencapai yang diperlukan dari web sumber.

Dengan itu, pautan server web akan pergi kepada proksi pertama, dan kemudian ia akan sampai ke PC anda. Tetapi mengapa ia perlu begitu rumit? Terdapat beberapa jawapan kepada soalan ini: penggunaan proksi boleh mempercepatkan akses kepada beberapa sumber (jika proksi yang kuat disambungkan kepada saluran kelajuan tinggi); - akses Internet melalui server proksi membolehkan ketanpanamaan meningkat di web (dengan manipulasi alamat IP) - jika anda telah diharamkan pada mana-mana web sumber dan anda perlukan untuk sampai ke sana, manipulasi alamat IP akan membantu anda lulus atas pengharaman tersebut dan masuk, contohnya, forum; - menggunakan proksi membolehkan pengurusan trafik dalam rangkaian korporat, iaitu beberapa pengguna boleh bekerja melalui web secara langsung, sebahagian daripada mereka bekerja melalui proksi, dan lain-lain, yang membolehkan ia berkomunikasi.

Pada asasnya, terdapat beberapa cara lain untuk menggunakan proksi, tetapi hampir semua tugas-tugas yang mustahil bagi kebanyakan orang termasuk dalam jawapan yang dinyatakan di atas. Mari kita pertimbangkan bagaimana proksi membolehkan mempercepatkan akses sumber. Sebagai contoh, anda perlu cara terpantas untuk pergi dari Moscow ke Berlin. Ada pilihan untuk mengambil kereta api sekarang atau mengambil penerbangan pada esok. Anda menyedari bahawa, jika menunggu sehingga esok, anda akan sampai lebih cepat ke ibu negara Jerman kerana kelewatan penerbangan akan digantikan dengan kelajuan berbanding kereta api. Ia bermaksud apabila mengikut jalan dekat,  "Moscow-Berlin" ia akan menjadi lebih perlahan berbanding jalan "Moscow airport-Berlin". Dalam kes ini, skim "Moscow airport-Berlin" adalah kerja-kerja melalui proksi dimana Moscow adalah komputer pengguna, lapangan terbang adalah server proksi, dan Berlin adalah laman web yang dikehendaki. Manfaat daripada manipulasi alamat IP boleh dijelaskan menggunakan satu contoh yang sangat berkait baru-baru ini:Anda adalah seorang wartawan dan perlu sampai ke zon pertempuran (negara С) untuk membuat laporan yang menarik. Jika anda pergi terus dari negara anda, maka anda akan secara rasmi terhad dan menghadapi kegagalan untuk mengarang cerita yang menarik dan menyeluruh. Dalam kes ini, anda terbang ke negara B (jiran negara C), dari sini anda boleh pergi kepada negara C sebagai pelancong. Dalam pandangan "Negara A - Negara B - Negara C", dikedudukan kedua anda bertukar dari wartawan berpengalaman ke pelancong sesat. Ini adalah bagaimana server proksi merubah alamat IT anda, dan web server  berfikir anda berada di lokasi yang berbeza.

Walau bagaimanapun, banyak proksi mengekalkan log sambungan lantas memudahkan penyammbungan rantaian terbalik. Dalam kes ini, ia bermaksud: jika wartawan perlu diperiksa, pihak berkuasa akan melihat dokumen itu (jika dia telah sampai) dan mengetahui dia sampai ke sini dari negara B di mana ia terbang dari negara A. Anda perlu ingat bahawa mereka boleh mencari anda selepas membuat apa-apa perbuatan yang menyalahi undang-undang di web, tetapi selalu nya tidak.

Penjelasan adalah bahawa anda meninggalkan kesan dalam bentuk log server proksi, pada server pembekal, dan lain-lain, apabila melakukan sesuatu di Internet. Kebanyakan proksi, bagaimanapun, tidak menukar alamat IP (server ini juga dipanggil telus), mereka hanya membenarkan cache data, iaitu mempercepatkan akses sumber dengan memuat naik kandungan ke server perantara.
Ingat Anda boleh dicari walau dimana jua..

Apple menang anugerah jenama terbaik 2013????

No. 2012 2013
1. Coca-Cola Apple
2. Apple Google
3. IBM Coca-Cola
4. Google IBM
5. Microsoft Microsoft
6. General Electric General Electric
7. McDonald's McDonald's
8. Intel Samsung
9. Samsung Intel
10. Toyota Toyota

Syarikat gergasi teknologi Apple berjaya memenangi anugerah jenama terbaik dunia pada tahun ini mengalah Google dan Coca-Cola yang masing-masing berada di kedudukan kedua dan ketiga.

Ini adalah satu tamparan hebat kepada syarikat gergasi minuman ringan Coca-Cola yang memenangi gelaran jenama terbaik dunia ini pada tahun lepas.

Malah , Coca-Cola jatuh dua tempat ke tangga ketiga, tewas kepada enjin carian Google di tempat kedua. Manakala syarikat gergasi komputer gergasi IBM dan Microsoft mengisi lima teratas.

Jenama terbaik ini dinilai dari segi beberapa faktor, termasuk bagaimana baiknya sesuatu produk itu atau perkhidmatannya serta prestasi kewanganyang mampu mempengaruhi pengguna.

"Setiap sebuah syarikat yang mengubah kehidupan kita bukan hanya dengan produk itu sahaja tetapi ia disertaikan sekali dengan budayanya." Kata Jez Frampton, ketua eksekutif Interbrand. "Untuk mengekalkan kedudukan nombor satu sepanjang tahun depan , Apple harus merancang strategi terbaik untuk mengawal pasaran mudah alih daripada pesaingnya Samsung." Kata perunding itu lagi.

Sementara itu, beberapa nama besar yang semakin meningkat baru-baru ini kini telah semakin hilang kedudukan mereka seperti Blackberry tidak disenaraikan, serta Nokia jatuh dari tempat ke-13 kepada 57. Namun rangkaian sosial Facebook melonjak ke tempat 52 daripada 69.

Menurut Interbrand, jenama Apple bernilai AS$98.31 billion (RM318.7 billion) iaitu naik 28% berbanding tahun lepas dan jenama Google juga meningkat AS$93.29 billion (RM302.4 billion).

Sumber: Yahoo.com
Biar betul? atau hanya di US. Kenapa tak ada jenama dari asia macam Samsung, Sony....

Monday, September 30, 2013

Bagaimana nak kurangkan berat badan?

buah-buahan, sayur-sayuran, susu, roti


























Lebih dari sepertiga orang dewasa di Amerika Syarikat mengalami obesiti. Bahkan, obesiti dianggap sebagai wabak, dengan peratusan yang besar warga kota dilarang berukuran besar, minuman ringan bergula dan First Lady telah di perangi untuk mengawal pertambahan makanan di sekolah umum. Bahkan banyak orang dewasa yang tidak sesuai dengan definisi obesiti masih kelebihan berat badan , dan sebagian besar sedang mencari cara terbaik untuk menurunkan berat badan.

Menurunkan berat badan sebagian besar datang dari dua faktor diet(pemakanan) dan olahraga(senaman). Tidak mengawal yang pertama sudah cukup, dan tidak mendapatkan cukup dari yang kedua akhirnya menjadikan individu tersebut berlebihan berat badan. Penyakit yang dikaitkan dengan obesitas termasuk penyakit jantung, stroke, diabetes jenis 2 dan beberapa jenis kanser, menurut Pusat Pengendalian dan Pencegahan Penyakit.

Kaunseling seseorang untuk makan lebih sedikit dan berolahraga mungkin merupakan saranan yang lebih mudah, tapi itu hanya sebahagian, secara sederhana. Ketika diet, tidak semestinya seseorang itu berlapar dalam rangka untuk menurunkan berat badan. Hal ini lebih berkaitan dengan jenis makanan yang Anda ambil berbanding berapa banyak Anda makan.

Kurangkan jumlah daging merah dalam diet Anda . Jika Anda tidak ingin mengurangkan daging merah sama sekali , pilih potongan daging dengan kandungan lemak yang lebih sedikit. Kurang garam dan makanan berkanji (Contohnya: Nasi). Jika Anda ingin keripik kentang bersama sandwich Anda pada saat makan siang, memilih keripik kentang panggang yang kurang berminyak dan mengandungi sedikit lemak adalah lebih baik. Anda mungkin tidak mengurangkan selera makan.

Diet yang kaya buah-buahan, sayuran, putih telur, unggas tanpa kulit, ikan dan produk susu tanpa lemak tentu akan membantu dalam misi menurunkan berat badan. Minum lebih banyak air dan minuman yang kurang manis. Jika Anda harus memiliki soda, diet soda adalah pilihan yang lebih baik, tapi air mineral adalah pilihan yang lebih baik dari itu.

Dalam hal olahraga, penting - jika tidak selalu mudah untuk memastikan Anda mendapatkan setidaknya beberapa aktiviti fizikal setiap hari. Cardio dan latihan kekuatan membakar banyak kalori. Jika kaki Anda atau tingkat stamina Anda tidak akan memungkinkan untuk berjogging secara teratur , maka pastikan Anda banyak berjalan. Lain kali Anda perlu mengirim surat, berjalan ke kotak surat bukannya memandu. Cobalah untuk berjalan-jalan setiap hari di kejiranan Anda. Dan jika Anda berniat untuk lebih teliti , formal berolahraga di pusat jimnas atau fitness, pastikan and bersabar dan tidak terlalu cepat.

Ada ribuan mode diet di antara kita . Namun, terkadang saranan terbaik adalah akal sehat . Bekerja menuju diet sihat dan olahraga teratur. Anda akan terkejut dengan hasilnya perubahan kecil dapat membuat hasil yang besar.

Sunday, September 29, 2013

Garam laut baik untuk kulit & rambut


Video diatas menunjukkan cara pengambilan garam dari laut. Agak meloyakan.

Apakah itu garam laut? Garam laut sebenarnya adalah garam semulajadi yang dihasilkan secara langsung dari air laut. Apabila air laut masin tersejat, maka garam laut akan terbentuk. Garam laut mengandungi nutrien-nutrien penting yang mana mempunyai pelbagai manfaat untuk kulit dan rambut.

Tidak kira sama ada kulit anda kering atau berminyak, anda sentiasa boleh memastikan ia bersinar dan cantik dengan garam laut. Garam laut dianggap sebagai pembersih semulajadi. Ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana bebas dari radikal dan boleh melicinkan lagi fungsi antioksidan. Oleh itu, garam ini mampu menyahtoksik sel-sel kulit anda dengan menyerap semua kotoran, habuk dan bahan-bahan toksik yang bahaya.

Apabila semua toksin keluar dari badan anda, kulit pun akan menjadi lembut dan sihat. Selain itu, mandi menggunakan garam laut boleh mencerahkan warna kulit. Manakala, magnesium yang terkandung dalam garam boleh mengekalkan kulit anda tetap lembut, anjal dan kelihatan muda.

Garam laut juga mengandungi kalsium yang boleh membersihkan liang roma tersumbat. Jika anda mempunyai kulit berjerawat, sangatlah digalakkan untuk menggunakan pencuci muka yang mengandungi garam laut. Ia menjadikan kulit anda bersih dan licin dengan mengurangkan jangkitan bakteria. Anda juga boleh menggunakan garam laut untuk pengelupasan secara semulajadi. Tekstur garam ini membantu untuk membuang lapisan sel-sel kulit mati dan menyerlahkan kulit baru yang segar.

Selain daripada untuk kulit, garam laut juga boleh digunakan pada rambut. Ia merupakan ubat yang baik dan semula jadi untuk rambut berminyak. Ia boleh menyerap minyak berlebihan daripada rambut panjang anda dan menjadikan mereka licin dan cantik.

Tambahan pula, dengan begitu banyak mineral yang ada dalamnya, anda boleh dengan mudah mendapatkan bahawa jumlah yang dikehendaki dan melantun dalam rambut anda dengan garam laut. Selain itu, ia membekalkan nutrien yang secukupnya untuk folikel rambut anda dan menjadikan mereka lebih lembut.

Seterusnya, garam laut sangat bagus untuk memerangi kelemumur. Ia berfungsi secara langsung pada kulit kepala anda dan membantu anda menghilangkan kekeringan supaya anda sentiasa boleh menayangkan rambut panjang dan berkilat anda.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Mula gunakan garam laut hari ini dan lihat perbezaannya esok!

Sumber : Yahoo.com

Friday, September 27, 2013

Tips untuk menambah ketinggian secara semulajadi


Video diatas mengajar anda bagaimana nak menambah ketinggian dengan hanya melakukan senaman ringan. Kalau nak tahu hasilnya kena la mencuba.

Dapat mencapai sesuatu di rak yang tinggi tanpa perlu berdiri di atas bangku sangat memuaskan bukan? Ketinggian adalah faktor penting yang menentukan personaliti keseluruhan individu. Walaupun rendah tidak menjejaskan keupayaan seseorang individu, ia adalah satu hakikat bahawa orang tinggi sering menjadi perhatian.

Jadi, bagaimana untuk menambah ketinggian secara semulajadi? Kira-kira 20% atau lebih daripada ketinggian badan kita bergantung kepada persekitaran, aktiviti dan pemakanan. Oleh itu, kita boleh meningkatkan ketinggian kita dengan secara semulajadi dengan mengikut beberapa perkara dalam kehidupan seharian kita.

Tidur yang cukup
Ia adalah satu fakta yang diketahui bahawa badan kita membesar dan menghasilkan tisu ketika kita berehat. Tidur yang betul dan cukup adalah benar-benar penting dalam badan yang semakin meningkat. Ia dipercayai bahawa hormon pertumbuhan manusia dihasilkan secara semulajadi dalam badan kita semasa gelombang bunyi yang perlahan semasa tidur. Pertumbuhan kanak-kanak dan remaja perlu mempunyai sekurang- kurangnya 8 - 11 jam masa tidur setiap malam untuk mencapai ketinggian maksimum. Di samping itu, mandi air panas sebelum tidur boleh meningkatkan kualiti tidur.

Senaman yang kerap dan bersukan
Salah satu cara terbaik untuk meningkatkan ketinggian secara semulajadi adalah fizikal yang sihat dan aktif sebagai kanak-kanak. Senaman dan aktiviti sukan meningkatkan ketinggian. Apabila anda aktif , badan anda memerlukan nutrien yang lebih sihat dan kesannya, peningkatan dalam pengambilan nutrien dalam pertumbuhan.

Penglibatan dalam aktiviti-aktiviti sukan seperti berenang, senamrobik, tenis, kriket, bola sepak atau beberapa senaman regangan adalah cara yang baik untuk memastikan badan kita semakin membesar. Otot akan mempertingkatkan prospek pertumbuhan di samping pembersihan dan detoksifikasi badan kita melalui berpeluh. Oleh itu, pastikan senaman atau sukan sebahagian daripada aktiviti-aktiviti harian kita.

Yoga
Yoga adalah cara yang baik dan agak kurang tekanan bagi menambah ketinggian secara semulajadi. Beberapa pergerakan yoga akan memudahkan pengeluaran hormon yang mendorong pertumbuhan dalam badan. Tambahan pula, latihan regangan yang terlibat dalam yoga juga menguatkan otot dan memperbaiki postur badan juga.

Mengekalkan postur yang betul
Perhatian perlu diberi ke arah mengekalkan postur yang betul dari zaman kanak-kanak lagi. Perkara-perkara mudah seperti duduk tegak di kerusi, pastikan bahu lurus, dagu tinggi, dan tulang pinggul betul ketika berjalan atau berdiri benar-benar boleh memberi kesan yang baik ke atas ketinggian anda.

Bahkan juga, tulang belakang yang lurus dan kuat adalah sangat penting dalam pertambahan ketinggian anda. Mempunyai bantal yang empuk dan tilam yang mesra badan adalah sama penting dalam menjaga tulang belakang anda supaya selesa. Postur badan yang baik membuat anda kelihatan tinggi , bijak dan yakin.

Diet seimbang
Diet yang seimbang adalah amat penting untuk mendapatkan nutrisi yang betul. Justeru itu, anda disarankan untuk menjauhkan diri daripada memakan makanan ringan. Badan anda memerlukan semua vitamin dan mineral untuk berkembang dengan ketinggian maksimum anda. Antaranya:

• Vitamin D dan protein membantu dalam mencetuskan hormon pertumbuhan dan dikehendaki untuk pertumbuhan gigi dan tulang. Contoh makanan seperti keju, putih telur dan tauhu.

• Pengambilan zink juga sangat penting kerana kekurangan ini boleh membawa kepada pertumbuhan terbantut pada kanak-kanak. Contoh makanan seperti asparagus, tiram dan kacang.

• Kalsium diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan tulang. Ia terkandung dalam produk tenusu dan sayur-sayuran hijau.

Sistem imun yang kuat
Beberapa penyakit yang menyerang kanak-kanak juga boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut. Walau bagaimanapun, ini boleh dielakkan dengan imunisasi biasa dan mengambil banyak vitamin C yang terdapat dalam buah-buahan sitrus seperti oren, anggur dan lemon. Sistem imun boleh dikukuhkan lagi dengan makan makanan yang segar dan elakkan makanan yang diproses dan hidrogenasi seperti marjerin.

Elakkan faktor yang membantutkan pertumbuhan
Mengambil dadah dan alkohol pada usia muda boleh menjadi sangat berbahaya dan boleh menyebabkan pertumbuhan terbantut serta menghalang anda dari mencapai ketinggian maksimum anda. Seperkara lagi, pengambilan kafein harus dihadkan terutamanya di kalangan kanak-kanak untuk memastikan mereka tidur dengan nyenyak dan teratur. Selain itu , steroid juga telah didapati menghalang pertumbuhan tulang pada kanak-kanak muda yang mana boleh menjejaskan ketinggian mereka.

Sumber: Yahoo.com
Kenapa agak nya manusia nak tinggi? tak cukup ke ketinggian yang dikurniakan ALLAH.

Thursday, September 26, 2013

Makanan yang boleh mengurangkan tekanan


orange, potato, apricot, almond, pistachio, walnut, turkey, spinach, salmon






















Anda mengalami tekanan dari tempat kerja? Atau cuaca yang panas membuatkan anda berasa tertekan? Jangan risau. Makanlah makanan yang boleh membebaskan anda daripada stress seperti senarai di bawah:

Oren
Kajian dari German menunjukkan bahawa vitamin C membantu untuk mengurangkan tekanan dan membuatkan tekanan darah menjadi normal semula. Vitamin C juga dikenali untuk meningkatkan sistem imunisasi dalam badan.

Kentang
Kentang boleh mengurangkan stress kerana ia memuaskan keinginan anda untuk mendapatkan karbohidrat dan kemanisan apabila anda berada di bawah tekanan yang berlebihan. Kentang penuh dengan 'betacarotene' dan lain-lain vitamin serta fiber yang membantu badan anda untuk memproses karbohidrat dalam proses yang mantap.

Aprikot kering
Buah aprikot kaya dengan magnesium yang mana dapat mengurangkan tekanan dan boleh mengendurkan otot secara semulajadi.

Almond, pistachio & walnut

Kacang almond penuh dengan vitamin B dan E dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi. Manakala walnut dan pistachio membantu untuk menurunkan tekanan darah.

Ayam belanda
Daging ayam belanda mengandungi amino asid yang juga dipanggil 'L-trytophan'. Amino asid ini juga melepaskan serotonin, satu bahan kimia yang baik untuk otak. Inilah sebabnya orang berasa sangat tenang selepas makan daging ayam belanda.

Bayam
Kekurangan magnesium dalam badan boleh menyebabkan migrain dan rasa keletihan. Satu cawan bayam memberikan 40 peratus magnesium yang anda sememangnya perlu dalam badan.

Salmon
Ikan salmon mempunyai asid lemak Omega 3 yang tinggi yang mana boleh membantu menangani penyakit jantung. Kajian menunjukkan bahawa Omega 3 menyimpan hormon tekanan daripada memuncak.

Avokado
Lemak tidak tepu dan potassium yang ada dalam buah avokado membantu untuk mengurang tekanan darah dalam badan. Potassium yang cukup dalam badan boleh mengurangkan tekanan darah dan tahukah anda, avokado mempunyai lebih potassium berbanding pisang?

Sayur-sayuran hijau
Brokoli, sawi dan sayur-sayuran hijau lain adalah sumber utama vitamin yang membantu menyegarkan badan anda di kala stress.

Sumber : Yahoo.com

Wednesday, September 25, 2013

Makanan ringan yang mesra kulit

egg, strawberry, blueberry, peanut, chocolate, sweet potato






















Diet yang sihat memainkan peranan yang penting untuk mendapatkan kulit yang sihat dan berseri. Terdapat beberapa jenis snek yang mesra kulit yang membantu kulit anda untuk kelihatan hebat dan baik. Snek atau makanan ringan sangat lazat dan menarik tetapi jika anda seorang yang suka mengunyah, berhati-hati dalam memilih snek anda. Ia adalah sangat penting untuk memilih snek yang membekalkan anda dengan nutrien dan vitamin yang secukupnya. Mari kita lihat beberapa snek mesra kult yang boleh boleh memperbaiki kulit anda dari dalam.

Telur
Telur rebus sangat kaya dengan protein serta mudah dan cepat untuk disediakan pada bila-bila masa. Ia antara makanan terbaik yang sangat rendah kalori, tetapi pada masa yang sama sangat berkhasiat. Putih telur mengandungi protein, yang mana memudahkan pertumbuhan kolagen. Kolagen adalah penting untuk kesihatan kulit anda , kerana ia menggalakkan daya tahan pada kulit. Telur juga mengandungi pelbagai vitamin seperti vitamin A yang bermanfaat untuk kulit dan pertumbuhan, serta vitamin E, yang menghalang pengoksidaan sel-sel dalam tubuh badan.

Buah strawberi & beri biru
Buah beri adalah makanan ringan yang sempurna pada siang hari atau waktu malam kerana ia mengandungi sejumlah besar vitamin C, yang mana pengantioksidaan semulajadi terbesar. Buah strawberi sangat menakjubkan kerana mereka membantu kulit menjadi lembut dan licin. Selain itu, ia juga mengandungi asid salisilik, yang mana sesuai untuk kulit yang mempunyai masalah jerawat serta boleh mencerahkan pigmentasi kulit. Makan strawberi segar juga akan memutihkan gigi anda dan mengekalkan nafas segar.

Coklat gelap
Mmmm ... Snek lazat ini meningkatkan tekstur dan rupa kulit anda, dan juga menyumbang dalam perlindungan daripada sinaran matahari. Kajian telah menunjukkan bahawa coklat gelap membantu kita untuk mempunyai kulit licin dan lembap. Koko sangat tinggi dalam antioksidan, yang mana juga bertanggungjawab untuk mempunyai kulit yang berseri.

Kekacang
Diet yang sihat dan seimbang mengandungi kekacang mempunyai keupayaan untuk mengurangkan kedutan dan mengurangkan garis-garis halus di muka. Kacang 'walnut', badam, 'pistachio' dan kacang hazel sangat kaya dengan asid lemak omega-3 dan vitamin E yang baik untuk kesihatan kulit anda. Kekacang juga baik dalam mencegah beberapa penyakit seperti kanser atau penyakit kencing manis .

Keledek
Keledek kaya dengan sumber vitamin C dan vitamin A, yang penting untuk kulit yang sihat dan berseri. Vitamin A membantu pembaharuan sel-sel dan melambatkan proses penuaan. Jadikan keledek sebagai snek harian, ia pasti akan membantu anda untuk mencapai kulit yang hebat, licin dan berseri.

Sumber :Yahoo.com
Macam ni bukan Makanan ringan tapi berat, kalau nak lebih ringan kena la makan keropok, maruku dsb. tapi hasilnya sendiri tahu.

Tuesday, September 24, 2013

Cara mencegah masalah mulut & nafas berbau?























Anda sedang berbual dengan seseorang dan kelihatannya seperti dia cuba untuk menjauhkan wajahnya dari anda. Si dia juga mempamerkan wajah seolah-olah dia kurang selesa tetapi lebih teruk lagi jika dia terus menutup mulutnya sepanjang tempoh perbualan berlaku.

Situasi kurang menyenangkan ini mungkin atau tidak pernah anda alami tetapi bagi seseorang yang menghadapi masalah mulut dan nafas berbau, perkara ini mungkin mengganggu aktiviti sosial dan menjejaskan penampilan diri.

Apatah lagi jika anda adalah seorang yang berkerjaya dan perlu sentiasa berhadapan dengan individu-individu tertentu. Sememangnya ia menjejaskan kualiti kerja dalam konteks perhubungan sama ada secara profesional atau tidak.

Jangan risau! Anda boleh mengatasi masalah ini dengan petua-petua tradisional berikut yang bukan sahaja mudah dan murah malah diperakui keberkesanannya jika diamalkan selalu.

SIRIH
Sirih juga merupakan antiseptik semulajadi yang cukup terkenal dan digunakan sejak turun-temurun oleh nenek moyang kita. Anda hanya perlu membersihkan daunnya dahulu kemudian direbus dalam anggaran satu setengah gelas air. Biarkan air rebusan sirih menjadi sejuk dan boleh digunakan untuk berkumur selepas selesai menggosok gigi. Selain dari itu, anda juga boleh merendamkan beberapa helai daun sirih dalam air suam selama 5 minit dan minum air tersebut.

SERAI WANGI & KULIT LIMAU KASTURI
Serai wangi dan kulit limau kasturi sememangnya terbukti merupakan bahan alam semulajadi yang menghasilkan aroma yang wangi dan menyenangkan. Ambil tiga batang serai wangi dan tiga biji kulit limau kasturi lalu tumbuk kedua-duanya hingga lumat. Masukkan ke dalam periuk kecil dan tuang air sehingga tiga per empat tinggi periuk itu dan kemudian jerangkan sehingga mendidih. Setelah mendidih, tutup api dan biarkan sejuk. Tapis dan ambil airnya untuk dikumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

DAUN JAMBU BATU
Selain buah jambu batu yang enak dimakan, daunnya juga memberi manfaat yang berguna. Ambil lebih kurang lima belas helai daun jambu batu yang muda dan tumbuk hingga lumat. Selepas itu masukkan daun yang telah lumat itu ke dalam gelas yang berisi separuh air. Tambahkan sedikit garam dan kacau. Tapis air tersebut dan digunakan untuk berkumur sebanyak dua hingga tiga kali sehari.

CENGKIH
Jangan ingat bunga cengkih hanya untuk memasak kari dan rendang. Ia juga boleh mengubati mulut dan nafas berbau. Rebuskan tiga atau lima kuntum bunga cengkih dalam air yang secukupnya atau anda juga boleh merendamkannya ke dalam segelas air suam selama 5 minit. Seperti biasa, air rebusan yang telah sejuk digunakan untuk berkumur dan amalkan di waktu pagi dan petang.

KULIT KAYU MANIS
Seperti bunga cengkih, kayu manis yang biasa digunakan dalam masakan juga mempunyai khasiatnya tersendiri. Kulit kayu manis mengandungi sebatian yang mampu mengurangkan bakteria punca masalah nafas berbau. Anda hanya perlu mengunyah sebatang kulit kayu manis yang kecil setiap malam sebelum tidur. Setelah menelan airnya, buang hampas tersebut dan amalkan setiap malam. Menghisap kulit kayu manis setiap hari membantu anda mengurangkan kehadiran sekurang-kurangnya 50% bakteria punca nafas berbau berbanding orang yang tidak menghisapnya.

BUNGA LAWANG
Bunga lawang mengandungi sebatian bersifat antibakteria dan antikulat. Ia turut mengandungi linalool yang bersifat antioksida dan sangat baik untuk kesihatan tubuh badan. Bunga lawang boleh direbus dengan air secukupnya atau rendamkan ke dalam segelas air panas selama 5 minit. Minum air yang telah disejukkan atau anda juga boleh berkumur dengannya. Seperti biasa, amalkan 2 kali sehari setiap pagi dan petang.

Jika anda mahukan cara yang lebih senang, kunyah sahaja bunga lawang tersebut. Cara ini lebih mudah dan cepat.

TEH HIJAU & DAUN PUDINA
Teh hijau dan daun pudina terbukti menghasilkan aroma yang harum dan menyenangkan. Daun pudina juga merupakan bahan semulajadi utama yang selalu digunakan dalam semua produk ubat gigi di seluruh dunia. Dengan minum air teh hijau atau air rendaman daun pudina sekurang-kurangnya dua kali sehari dapat membantu anda mengatasi masalah nafas berbau.

Sumber Yahoo.com

Amalan diatas memang sukar kecuali meminum Teh, Apa kata kita cuba dengan mengambil buah-buahan dan kekacang seperti dibawah:
  1. Epal
  2. Yogurt
  3. Strawberi
  4. Hazelnut
Ianya lebih praktikal saya rasa @ rajin2 la berus gigi setiap kali lepas makan.
Kalau nak tambah bau mulut boleh la makan Durian, Petai atau Jering .. Huh..

Monday, September 23, 2013

Apple Menjual Sembilan Juta iPhone baru?

Apple buat pertama kalinya memperkenalkan dua iPhone baru dan bukan satu pada minggu lalu - di beberapa negara di seluruh dunia, termasuk China. strategi tersebut menyebabkan rekod jualan iPhone, hampir dua kali ganda jualan model sebelumnya, kata syarikat itu hari ini. Apple berkata ia telah menjual sembilan juta iPhone baru pada hujung minggu. membandingkan lima juta iPhone 5 telefon pintar yang dijual tahun lepas di hujung minggu pertama peranti tersebut dijual.

"Ini adalah pelancaran iPhone yang terbaik" kata Tim Cook, Ketua Pegawai Eksekutif Apple, dalam satu kenyataan. "Walaupun kami telah menjual bekalan awal iPhone 5S, kedai-kedai masih terus menerima penghantaran iPhone baru lebih kerap. Kami menghargai kesabaran semua orang yang bekerja keras untuk membina iPhone baru yang cukup untuk semua orang. " Syarikat tidak mengatakan berapa banyak setiap model telah dijual, tetapi ia telah dijangka iPhone 5S, model yang lebih mahal, untuk menjadi lebih popular.

Apple membolehkan pelanggan untuk membuat pesanan awal untuk iPhone 5C, model yang lebih murah, tetapi tidak untuk iPhone 5S kerana kekurangan bekalan yang dijangka. Jualan iPhone baru mendahului jangkaan penganalisis. Mereka telah meramalkan Apple akan menjual lapan juta iPhone baru.

Sumber : Yahoo.com

Boleh percaya ke berita ni? Kalau nak dibandingkan populariti iPhone memang jatuh berbanding dulu sebab tak banyak pembaharuan. Setakat finger print apalah sangat. Kalau tengok statistik dibawah mengikut wikipedia.org macam boleh percaya.

Annual best-selling handsets
Tahun 2012

  •     Apple iPhone 5, 30 million terjual.
  •     Samsung Galaxy S III, 30 million terjual.
  •     Apple iPhone 4S, 27.5 million terjual.
  •     Apple iPhone 4, 17.6 million terjual.
  •     Samsung Galaxy Note II, over 18 million terjual.
  •     LG Nexus 4, 3 million terjual.
  •     Nokia Lumia 920, 3 million terjual.
  •     HTC One X, 3 million terjual.
  •     LG Optimus G, over 1 million terjual.

Tahun 2013

  •     HTC One, over 31 million terjual.
  •     Apple iPhone 5, 30 million terjual.
  •     Samsung Galaxy S4, 23 million terjual.
  •     Nokia Lumia 520, over 4 milion terjual.
  •     Micromax Canvas 2 A110, over 3 million terjual.
  •     BlackBerry Z10, 3 million terjual.
  •     Sony Xperia Z, 1 million terjual.


Sunday, September 22, 2013

Jenis-jenis teh dan khasiatnya

Teh merupakan salah satu minuman yang paling popular di dunia selain air. Ia juga kaya dengan maanfaat untuk kesihatan tubuh badan. Di sini, kami senaraikan jenis-jenis teh yang mempunyai kebaikannya masing-masing.

Teh Hitam
Teh hitam mempunyai rasa yang sedikit pahit dan mengandungi kafein yang paling kira-kira 40 miligram per cawan. Mengikut pakar, ia mempunyai kepekatan tinggi antioksidan yang dikenali sebagai 'theaflavins' dan 'thearubigins', yang mana sangat berguna untuk merendahkan kolesterol. Selain itu, penyelidikan telah menunjukkan bahawa orang yang minum tiga atau lebih cawan teh hitam setiap hari boleh mengurangkan risiko strok sebanyak 21 peratus.

Teh Hijau
Teh hijau mempunyai rasa yang lebih halus daripada hitam serta mengandungi kira-kira 25 milligram kafein secawan. Antara kebaikan teh hijau adalah ia penuh dengan antioksidan dipanggil 'catechins', satu kumpulan kecil yang dikenali sebagai EGCG yang boleh mencegah penyakit daripada kanser hinggalah penyakit. Satu kajian juga telah dijalankan dan pakar mendapati bahawa setiap cawan teh hijau yang diminum secara harian boleh mengurangkan risiko penyakit jantung sebanyak 10 peratus.

Teh Oolong
Oolong sama dengan teh hitam, tetapi ia diperam dalam masa yang singkat yang mana memberikan lebih rasa. Ia juga mengandungi kira-kira 30 milligram kafein secawan. Mengikut pakar, ia boleh membantu dalam penurunan berat badan. Ini kerana teh oolong mengaktifkan enzim yang bertanggungjawab untuk menyingkirkan 'trigliserida', satu bentuk lemak yang disimpan di dalam sel-sel lemak. Satu kajian menunjukkan bahawa pembakaran kalori bagi wanita yang minum teh oolong adalah lebih sedikit dalam tempoh dua jam berbanding dengan mereka yang minum hanya air.

Teh Putih
Bagi teh putih, daun teh hanya dipilih ketika mereka sangat muda. Jadi teh putih mempunyai rasa yang lebih lembut daripada jenis teh yang lain serta mengandungi kurang kafein, cuma 15 miligram per cawan. Teh putih mempunyai manfaat yang sama seperti jenis teh yang lain dan ia juga berguna untuk latihan kardiovaskular dan pencegahan kanser. Tambahan lagi, beberapa kajian menunjukkan bahawa teh putih sangat berkesan kepada orang-orang dengan diabetes.

Teh berperisa
Untuk jenis ini, tambahan aromatik seperti kayu manis, kulit buah oren dan lavender telah dicampurkan bersama daun teh hitam, daun teh hijau atau daun teh putih. Sebenarnya, teh berperisa mempunyai tahap antioksidan dan faedah kesihatan yang sama seperti teh jenis biasa. Namun begitu, teh yang mempunyai perisa buah-buahan seperti beri biru atau strawberi mungkin mengandungi lebih antioksidan.

Teh Herba
Secara teknikalnya, teh herba bukanlah teh sebenarnya. Ia terdiri daripada beberapa gabungan buah-buahan kering , bunga dan herba serta tidak mengandungi kafein. Walau bagaimanapun, elakkan daripada minum teh herba untuk kurangkan berat badan kerana ia mungkin mengandungi julap yang berbahaya.

Kajian mendapati bahawa minum tiga cawan teh herba setiap hari raya boleh membantu untuk orang dengan tekanan darah tinggi. Selain itu, teh 'chamomile' membantu untuk dapatkan tidur yang nyenyak manakala teh pudina boleh menenangkan perut yang meragam.
Sumber: Yahoo.com

Belum pernah terdengar adanya Teh hitam, setahu saya ianya kopi..

Makanan untuk kuatkan daya ingatan


Menurut kajian American Dietetic Association( ADA ) Bethany Thayer, MS, RD, otak adalah organ tubuh yang paling penting kerana otak adalah organ tubuh pertama yang menyerap nutrisi dari makanan yang dimakan. Di sini ada beberapa jenis makanan yang dapat meningkatkan daya ingatan

Madu
Madu adalah makanan yang sangat berkhasiat kerana ia mengandungi pelbagai jenis vitamin, mineral, protein, antiseptik dan enzim yang meningkatkan ingatan dan kecerdasan mental. Manisan madu ini seeloknya diminum 2 sudu teh pada waktu pagi dan malam. Ia juga boleh dimasukkan ke dalam minuman.

Telur
Pakar kesihatan mengakui bahawa telur adalah makanan yang bermanfaat menambah kekuatan otak kerana lengkap dengan protein, mineral, vitamin, kalsium, kuprum, magnesium, fosforus, kalium, sulfur, natrium, klorin, zat besi, air, choline dan bahan ekstraktif. Bahagian kuning telur penuh dengan kandungan kolin, suatu zat yang dapat membantu perkembangan daya ingatan serta mampu mengatasi masalah kelemahan tenaga fizikal dan minda.

Kismis
Kismis mengandungi zat besi yang amat diperlukan untuk membina darah bagi memastikan bekalan oksigen yang mencukupi untuk disalurkan ke otak. Kekurangan oksigen menyebabkan seseorang mudah mengantuk, pelupa, dan mengalami kelemahan dalam berfikir. Kismis bukan sahaja boleh dimakan begitu sahaja, ia juga boleh dimasukkan ke dalam sajian.

Susu
Susu mengandungi protein dan karbohidrat yang menjadi sumber tenaga bagi keperluan otak.. Susu juga adalah yang terbaik untuk ketajaman minda malah berguna untuk kesihatan dan dapat mempertajamkan ingatan, serta membekalkan tenaga mental dan fizikal. Susu mengandungi tiga unsur semulajadi iaitu keju, lemak dan air yang amat diperlukan untuk pertumbuhan badan dan otak. Sekurang-kurangnya minumlah segelas susu pada sebelah pagi dan malam kerana ia bukan saja berkhasiat untuk merawati kesihatan umum, malah merupakan penawar penyakit lupa.

Oat
Oat antara makanan kaya dengan sumber vitamin E, vitamin B potassium, Omega-3, folat dan kalium yang mampu membekalkan tenaga. Oat juga mempunyai kandungan serat yang dapat membantu otak berfungsi dengan baik. Oat boleh dimakan bersama susu panas atau dimasukkan ke dalam pelbagai menu masakan.

Makanan juga memainkan peranan penting dalam kesihatan dan semoga tips yang dikongsi ini dapat membantu anda menajamkan daya ingatan.
Sumber: Yahoo.com

Apa yang penting kurangkan makan, sebab makan terlalu banyak otak akan terlalu memikirkan cara macam mana nak process lebihan makanan yang diambil bukan berfikir untuk sesuatu yang lain. Kesihatan fizikal adalah penentu kepada kesihatan otak anda. Jadi puasa sunat Isnin dan Khamis boleh membantu.

Saturday, September 21, 2013

Keselamatan menunggang motosikal



Kalau rasa nak selamat jangan la cuba2 tiru aksi dalam video nie..Ha ha..
Apa yang perlu ada ketika menunggang motosikal:

  1. Lesen la.. Ada lesen bermakna anda telah menjalani latihan dan lulus ujian melainkan ...?
  2. Helmet sebab kepala anda tak berapa keras berbanding tar jalan raya
  3. Kalau mampu pakai la baju kulit, sarung tangan kulit dan seluar kulit tapi kalau naik kapcai nanti orang hairan kelengkapan mahal dari motor.
  4. Pastikan ianya diservis selalu mengikut jadual. Kalau tak silap 2500KM tukar le minyak hitam.
  5. Sebelum bertolak pastikan brek depan dan belakang berfungsi, henjut la sikit tengok brek. Mengikut kajian penggunaan brek depan 70% dan belakang 30% untuk kering dan kalau basah 50-50.
  6. Kekal fokus pada jalan 100%. Disebabkan leka 1% kecelakaan boleh berlaku. Macam tengok awek cun dok lalu.
  7. Pastikan angin tayar mencukupi dan juga bunga  dia.
  8. Ikut peraturan jalan raya. Jangan memandu terlalu laju.
  9. Beri ruang yang besar ketika mendekati kenderaan lain, jangan la berhimpit2 atau merempit
  10. Kerap la bersihkan penutup helmet supaya lebih jelas.
Disebabkan statistik kemalangan melibat motosikal terlalu tinggi anda disarankan berdoa sebelum memulakan perjalanan dan kalau boleh berzikir disepanjang jalan dengan harapan mati dalam iman. Terimakasih kerana sudi membaca.

Friday, September 20, 2013

7 jenis makanan terbaik untuk wanita























Pemakanan kaum wanita haruslah lebih khusus daripada kaum lelaki. Wanita perlu mempunyai keperluan pemakanan yang teliti bagi menjaga kesihatan dan mengekalkan tenaga di kala usia yang makin lanjut.

Berikut adalah senarai makanan yang perlu dimasukkan dalam diet mingguan. Kaum wanita, sila ambil perhatian ya.

Protein soya 
Protein soya yang terdapat dalam tauhu, susu , mentega atau bijiran bagus untuk kesihatan jantung anda. Ia membantu anda mengurangkan tahap kolestrol dakam badan. Pratikkan untuk mengambil sekurang – kurangnya 25 gram protein soya setiap hari.

Bijirin penuh 
Bijirin penuh membantu mencegah masalah pencernaaan yang lazimnya di alami oleh kaum wanita. Makanan bijirin penuh termasuk beras perang, emping bran, roti gandum, dan barli.

Makanan tinggi folat 
Makanan tinggi kandungan folat yang terdapat dalam asparagus, buah oren dan kekacang adalah penting untuk wanita mengandung. Ia bertujuan memastikan produksi tiub saraf yang betul dan kesihatan jantung untuk janin. Pastikan anda mengambil sekurang – kurangnya 400 mikrogram (mcg) setiap hari.

Jus kranberi 
Mungkin ada di antara anda tidak menyukai rasanya yang masam, tetapi tahukah anda jus kranberi membantu mencegah bakteria daripada melekat pada dinding pundi kencing anda sekaligus mencegah jangkitan pada saluran kencing. Penyelidikan baru juga membuktikan bahawa kranberi boleh mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

Air
Air adalah penting untuk semua proses metabolik dalam badan, Ia juga membantu sistem penghadaman, kawalan berat badan dan juga kesihatan kulit. Minum 8 hingga 10 gelas sehari adalah penting untuk memastikan kandungan air dalam badan anda mencukupi.

Sayuran hijau 
Sayuran hijau menyediakan nutrient dan serat yang penting untuk badan. Kata orang – orang tua, lebih pahit rasa sayuran itu, lebih banyak khasiatnya. Cuba makan sekurang – kurangnya tiga hidangan setiap hari.

Makanan penuh Vitamin C
Buah – buahan termasuk sitrus, strawberi, lada merah, lada hijau, sawi, brokoli, bayam, tomato, kentang, kiwi, jambu dan pasli. Di samping menyumbang kepada kesihatan menyeluruh, buahan – buahan yang kaya dengan Vitamin C dan anti oksidan telah dikaitakn dengan penurunan risiko penyakit jantung kronik. Makan dua hingga tiga hidangan (atau lebih) buah – buahan ke dalam rutin diet anda. Sekurang – kurangnya anda akan memiliki 75 miligram Vitamin C setiap hari.

Sumber Yahoo.com

Jom Uji: Samsung Galaxy Note 3


Dapat juga kami bermain dengan Samsung Galaxy Note 3 untuk dua hari bagi tempoh percubaan ketika di Berlin, Jerman apabila ia mula-mula dilancarkan di pameran elektronik IFA 2013.
Apa yang dapat kami katakan, ia mempunyai dua ciri baru yang menarik iaitu kuasa pemproses dan sambungannya kepada jam tangan pintar, Galaxy Gear.

Ciri lain seperti skrin dan sedikit saiz yang dibesarkan masih kelihatan sama seperti Note 2 manakala berat 168g agak separa beban dalam poket. Nasib baik, tahap nipisnya memang boleh tahan iairu hanya 8.3mm. Telefon ini agak selesa dalam poket seluar tapi bukan jenis seluar jeans, rasa ketat saja ketika dimuatkan dalam poket. Namun kepad wanita tiada masalah disebabkan anda boleh memasukkannya dalam beg tangan.

Bagaimana pula di tapak tangan. Perbezaan saiz (151.2 x 79.2mm) memang memerlukan anda untuk menggunakan kedua-dua belah tangan untuk mengoperasikan Note 3 sama seperti Note 2.
Kuasa pemproses molel 3G 1.9 GHz Octa Core ( A15 1.9 GHz +A7 1.3 GHz) memang mengagumkan. Pendek kata, jika anda meleretkan skrin ke skrin yang atau satu aplikasi ke aplikasi lain atau memainkan video dari YouTube serta bergrafik tinggi kurang mendatangkan masalah. Apabila saya katakan tentangkan kurang bermasalah, ia 30% lebih baik daripada Note 2 jika mahu dibuat perbandingan.

Ia juga dibantu RAM sebanyak 3GB. Dengan jumlah tersebut, anda akan lebih selesa untuk multitasking yang kebiasaannya mengambil 90% RAM yang berkapasiti 2GB. Jadi dengan kelebihan tambahan 1GB, ia lebih baik terutama dengan saiz telefon yang besar.
Note 3 dibantu sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean. Betul! Ia OS terkini cuma nanti bila sudah dapat versi Kit Kat, agak lambat untuk Samsung mengemaskini versi Google Android baru mereka. Jadi saya harapkan ia dapat dilakukan secepat mungkin.

Pastinya, kamera kali ini lebih baik namun saya rasa ia belum lagi hebat. Cuma ciri baru seperti penstabil imej pintar dan flash LED jenis CRI yang lebih peka beroperasi. Kualiti kamera kali ini mungkin 20% lebih hebat berbanding Samsung Galaxy Note 2. Kalau anda harapkan perbezaan jauh antara Note 2 dan Note 3? Ia tidaklah jauh bezanya dari aspek tahap fizikal lensa.

Namun perbezaan ketara dapat saya rasai dengan S Pen (pen stylus) bagi Note 3 terutama apabila saya menggunakan Action Memo iaitu fungsi yang membenarkan pengguna menaip nota, menjadikan pen sebagai butang kawalan dan menukar tulisan tangan ke teks. Di samping itu, ia boleh membuat panggilan apabila butangnya ditekan di samping carian peta, melayari web dan sebagainya.
Jelas, bukan itu saja fungsi pen yang saya gunakan. Saya banyak bermain dengan aplikasi Scrapbook yang memungkinkan pengguna mengesan kandungan dari pelbagai sumber termasuk web, YouTube dan Gallery pada satu masa dan disimpan dalam satu fail jika pengguna mahu melihatnya kembali. Manfaatkan saja pen anda untuk tujuan ini.

Di samping itu, terdapat fungsi Screen Write membolehkan salinan imej penuh pada laman yang sedang anda lihat di telefon dan anda boleh menambah komen atau maklumat dalam laman tersebut. Sekali lagi, S Pen yang menjadi penentu kepada ciri ini. Ia juga membolehkan anda melukis seakan satu kotak meskipun anda sedang melakukan kerja lain sebelum memasukkan apa saja kandungan dalam kotak tersebut seperti YouTube, kalkulator atau web.

Jika anda golongan profesional, memiliki perniagaan dan sebagainya yang sebelum ini banyak menggunakan jenama BlackBerry, Samsung turut memperkenalkan fungsi perniagaan iaitu KNOX. Ia sistem keselamatan baru yang melindungi tahap privasi dan keselamatan yang membolehkan pengguna menyimpan maklumat dalam telefon secara automatik.

Tapi dengan harga RM2,399, ia agak mahal tapi saya nasihatkan anda tunggu sehingga dua bulan untuk mendapat model ini. Harganya pasti turun dengan kadar segera.

Sumber : Yahoo.com

Thursday, September 19, 2013

Petua Mengenali Madu


  1. Permukaan madu mempunyai buih-buih halus.
  2. Madu dalam botol yang terbalik akan turun dengan cepat kerana ringan dan madu akan turun tanpa putus kerana kelikatannya.
  3. Rendamkan kayu mancis atau surat khabar dalam madu tersebut dan nyalakan api. Jika terbakar, ia madu asli.
  4. Madu tidak beku jika disimpan di dalam peti ais.
  5. Jika dititiskan di atas tapak tangan, madu akan membulat (tidak meleper) walaupun sedikit.
  6. Madu asli tidak dikerumuni/dihurung semut, tetapi madu tiruan yang bercampur gula akan dikerumuni/dihurung semut.
  7. Pecahkan sebiji telur ayam dan campurkan bersama sesudu madu. Madu asli akan menyebabkan isi telur masak, tetapi tidak bagi madu tiruan.
Analisa kandungan madu secara umum
  • Fruktosa: 38.2%
  • Glukosa: 31.3%
  • Maltosa: 7.1%
  • Sukrosa: 1.3%
  • Air: 17.2%
  • Gula paling tinggi: 1.5%
  • Abu (analisis kimia):0.2%
  • Lain-lain: 3.2%
Perlu diingat madu rasanya sangat manis, jadi saya tak rasa ianya sesuai untuk pesakit kencing manis.
Hati2..

Wednesday, September 18, 2013

BlackBerry Lancar ‘Phablet’ Pertama Mereka, Malaysia Dapat Dulu



































Kepada penggemar produk BlackBerry, bersedia dengan berita baru apabila ia baru saja memperkenalkan peranti terbaru, Z30 yang ditawarkan pada harga RM1,998 dan mula dipasarkan secara rasmi pada 5 Oktober ini.

Menariknya, Malaysia menjadi salah satu dari dua negara yang memperolehnya di dunia manakala satu lagi termasuk Hong Kong pada tarikh sama. Ia akan dijual secara rasmi secara eksklusif yang ditawarkan Celcom Axiata Berhad (Celcom) untuk tempoh dua minggu sebelum dijual di pasaran terbuka.

Dengan saiz 5.0iinci, Z30 yang juga 'phablet' pertama BlackBerry akan beroperasi pada platform 10.2 yang dilengkapi dengan 1,600 ciri baru dengan kemaskini stor aplikasinya sudah menjangkau 120,000 aplikasi-aplikasi sehingga kini.

Antara ciri baru dimuatkan dalam BlackBerry Z30 termasuk BlackBerry Now and BlackBerry Natural Sound. Natural Sound bermakna tahap audio ketika membuat atau menerima panggilan lebih jelas berbanding telefon biasa. Saiz telefon ni 5.0 menjadikannya phablet pertama BlackBerry setakat ini.

Skrinnya beroperasi pada format 1280 x 720 piksel pada Gorilla Corning Glass 2 dengan pemproses 1.7GHz Qualcomm Snapdragon S4 Pro bersama GPU QuadCore Adreno 320 selain memori 2GB. GPU tersebut menjadikan telefon ini peranti yang menarik untuk bermain game seperti Asphalt 7 yang dipertontonkan ketika sesi media.

Ia dilengkapkan dengan kamera 8MP dengan ketahanan bateri 25 jam pada pelbagai guna yang menggunakan kuasa 2880mAh. BlackBerry sebelum ini telah menghasilkan peranti Z10, Q10 dan Q5 pada 2013.

Z30 mempunyai sistem antena baru yang membolehkan capaian rangkaian LTE lebih baik yang sesuai untuk Malaysia.

Pengarah Negara BlackBerry Malaysia, Annamalai Muthu yang berbangga mengumumkan negara ini sebagai penerima pertama model ini mengatakan Malaysia antara negara penting apabila melihat pasaran telefon pintar di negara ini menyumbang sehingga 69% untuk jumlah keseluruhan jualan mudah alih.

“Ia peningkatan sehingga 13% dari tahun ke tahun dan kita menyaksikan pengguna negara ini mahukan saiz lebih besar sebagai antara sebab utama membeli peranti pintar,” katanya.

BlackBerry juga mengumumkann dua lokasi di Lembah Klang yang membolehkan pasca jualan syarikat tersebut di pasaran negara mendapat kualiti terbaik seperti baik pulih dan jualan.

Source : Yahoo.com

Sarapan pagi yang berbahaya























Tahukah anda menurut kajian penyakit itu puncanya daripada makanan, betul ke tak anda perlu pastikan menu yang dipilih itu hendaklah bersesuai dengan pengambilan harian anda iaitu keperluan harian yang disyorkan mengikut kadar usia, jantina dan tenaga. Jika anda berbadan kurus tidak semestinya anda bebas untuk makan dengan banyak. Dibawah adalah antara empat menu yang pasti anda suka tetapi bahaya tanpa disedari.

Roti canai
Roti canai memang makanan yang sedap, garing dan murah. Ramai yang lebih suka memilih roti canai kerana cepat, ringkas dan mudah apabila dihidang mahupun dimakan. Menurut kajian Sekeping roti canai bersamaan dengan 300 kalori. Tetapi jika anda mengambil dua keping roti canai, ia menjadi 600 kalori. Semestinya, lebih tinggi kalori maka lebih banyak yang perlu anda menghabiskan masa selama 90 minit berlari untuk membakar 600 kalori. Tip terbaik adalah memilih tosai atau capati kerana kandungan lemak dan minyak kurang sedikit berbanding roti canai.

Nasi lemak
Nasi lemak merupakan makanan kegemaran rakyat Malaysia tapi pernahkah anda terfikir bahawa nasi lemak sahaja sudah 390 kalori dan mustahil anda tidak menambah lauk seperti sambal, telur rebus, ikan bilis dan kacang. Jadi, hidangan lengkap di atas pinggan anda adalah lebih kurang berjumlah 450-500 kalori. Ini belum termasuk lagi ayam goreng (240 kalori) mahupun sambal sotong (170 kalori). Anda masih boleh menikmati nasi lemak tetapi kurangkan campurannya. Untuk lebih mudah, anda masak sendiri nasi lemak tanpa guna santan dan lebihkan sayur-sayuran sebagai tambahan.

Teh tarik
Tentunya teh tarik yang lebih pekat atau kaw kaw lebih sedap untuk diminum. Susu penuh krim adalah penyumbang utama minuman anda menjadi lebih sedap. Sebenarnya, susu pekat tidak elok untuk kesihatan anda. Biarpun ia merupakan sumber kalsium tetapi kandungan lemaknya agak tinggi. Satu sudu pekat manis biasanya mengandungi 60 kalori. Oleh demikian, anda boleh menggantikan dengan mengurangkan kandungan lemak atau rendah lemak.

Burger
Jangan terkejut apabila ada ramai yang memilih makanan barat ini sebagai menu untuk sarapan. Tidak dinafikan, burger memang tinggi kalori. Satu hidangan burger biasanya mengandugi 475 kalori. Tanpa keju, sos cili, mayonis, telur dan pelbagai sos lagi bukanlah burger lagi, suku cawan mayonis sahaja mengandungi 360 kalori (40g lemak). Ini belum termasuk kentang goreng anda lagi. Kalori pasti bertambah-tambah.

Hakikatnya, Malaysia memang terkenal dengan gelaran syurga makanan tapi anda haruslah tahu dan bijak memilih menu. Namun kebebasan untuk makan apa sahaja boleh asalkan hidangan itu bergantung kepada berapa banyak atau kuantiti anda ambil.

Untuk memudahkan anda, anda perlu mengira kalori makanan yang anda ambil. Jika anda pandai mengawal pemakanan dan tahu sukatan kalori, semestinya anda telah memilih sarapan yang paling selamat.

Sumber : Yahoo.com

Tuesday, September 17, 2013

Cara mengubati gout atau Uric Asid tinggi dalam darah.























Cubalah jika anda mempunyai asid urik yang tinggi lagi pun tidak memudaratkan untuk mencuba.

Ini adalah benar-benar berkesan, hanya campuran kiub betik hijau dengan teh hijau biasa, ada yang telah mencuba dan mendapati ia sangat berkesan.
Formula ini telah dikongsi dengan rakan gout untuk mencuba dimana sendi kaki beliau mula berubah bentuk, selepas seminggu minum formula ini terdapat peningkatan yang ketara, dan selepas dua minggu sendi kaki sembuh dan kembali kepada keadaan normal.

Walaupun hampir tiga tahun dan sakit sendi hilang, tetapi dia mengekalkan pengambilan antara 1-3 kali sebulan untuk mengelakkan ianya berulang. Rakan-rakan lain yang mengalami masalah gout yang sama juga telah pulih. Ia adalah baik untuk semua, walaupun mereka yang tidak mempunyai gout.

Formula baik! Berkongsilah dengan orang-orang yang memerlukan!

Satu urutan baik oleh Profesor Lai dari Sekolah China Farmasi :
Potong betik hijau ke dalam kiub kecil , tempat ke dalam air, masak hingga mendidih , kemudian tambah daun teh hijau, serupa dengan proses membuat teh.
Ujian klinikal menunjukkan bahawa ini membawa kesan yang baik untuk rawatan gout, bergantung kepada kekerapan meminum formula ini.

Encik Liu Qing , Ketua Bandar Rende di Tainan, menderita selama bertahun-tahun dari sakit perut yang teruk di sekitar dinding posterior perut.
Dia menggunakan betik hijau sebagai periuk teh untuk menyediakan teh keluarga setiap hari, selepas sebulan, keadaan penyakit kronik menjadi lebih baik.
Ahli keluarga beliau dengan asid urik yang tinggi juga telah sembuh oleh teh betik yang sama. Untuk ini Encik Liu menanam banyak betik untuk berkongsi dengan saudara-mara dan rakan-rakan dengan penyakit yang sama.

Menurut Encik Liu, dalam memilih betik hijau sebagai periuk teh, pilih bentuk yang gemuk dan pendek, dengan kapasiti yang lebih besar. Potong bahagian atas betik, buangkan biji benih yang ada didalam, buka satu lubang kecil dinding sebelah atas untuk memudahkan proses menuang teh. Buat lubang pengudaraan kecil pada penutup atas, masukkan daun teh kedalam, tuangkan dalam air mendidih, letakkan kembali penutup atas betik tersebut, anda juga boleh menggunakan pencungkil gigi untuk mengangkat penutup atas. Ianya sama seperti proses biasa penyediaan teh.

Liu suka menggunakan teh Oolong untuk rasa yang lebih baik.
Beliau terkejut mendapati sakit perut diderita selama bertahun-tahun telah sembuh selepas sebulan minum teh dari periuk betik hijau, tanpa mengambil apa-apa ubat lain.
Beliau meninggalkan beberapa betik hijau dan daun teh kepada rakan yang bekerja di Pusat Perubatan untuk menguji dan menganalisis kandungan. Ujian mengesahkan bahawa enzim sihat terdapat dalam betik memberi manfaat kepada kesihatan manusia.

Kini betik dalam dusun Encik Liu menghasilkan buah-buahan bersaiz yang sesuai, dia akan berkongsi buah-buahan dengan keluarga dan rakan-rakan.
Xu Fuchang, seorang petani betik berpengalaman, berkata betik hijau bermakna betik belum masak, di mana kulit masih berwarna hijau. Secara umumnya, betik mengambil masa kira-kira empat bulan untuk matang dan masak sepenuhnya, dimana kesan penyembuhan akan hilang selepas ia masak sepenuhnya.

Green betik harus dituai apabila betik adalah kira-kira tiga bulan , apabila buah-buahan yang masih kukuh , dimana susu betik mengandungi enzim yang tinggi dan bahan-bahan sihat yang lain.

Bukan sahaja betik hijau boleh digunakan dalam minum teh, anda juga boleh memotong bentuk kiub dan rebus dengan tulang rusuk atau hiris betik hijau menjadi kepingan panjang dan goreng dengan bawang putih, sangat lazat dan tiada kesan buruk pada tubuh manusia.

Monday, September 16, 2013

Phablet pertama Nokia yang akan datang pada 26 September?
























Nokia disebut-sebut akan melancarkan peranti pertama Windows Telefon dengan paparan enam inci akhir bulan ini: imej Lumia Nokia 1520 telah bocor dan sekarang ciri-ciri  dan tarikh ia bakal dilancarkan.
Disertakan paparan HD penuh 6-inci, peranti ini dipercayai mempunyai 2GB RAM, Qualcomm Snapdragon pemproses 800, 32GB terbina dalam simpanan dan, jika tidak mencukupi, slot MicroSD disediakan untuknya sebagai tambahan.

Diserta skrin yang lebih besar, lebih baik, telefon akan mengisytiharkan update utama yang pertama untuk Windows sistem operasi telefon. Serta sokongan penuh HD, OS diolah juga akan menampilkan mod Memandu baru untuk menggunakan telefon bimbit di dalam kereta.

Nokia juga sedang berusaha mencipta sebuah tablet Windows berkuasa dan ada kemungkinan besar ia akan dilancarkan pada majlis yang sama. Peranti Windows Phone telah berjuang untuk menarik aplikasi dari beberapa internet terbesar di dunia dan syarikat-syarikat berteknologi tinggi, terutama Instagram dan Google, tetapi hanya lebih setahun, telefon telah berjaya mengambil tempat BlackBerry nombor tiga dari segi global jualan telefon pintar.

Sama ada atau tidak ia boleh membina kemajuan ini masih belum dapat dilihat, tetapi dari segi teknologi pengimejan, Nokia Lumia Windows Telefon tetap tiada tandingan dari segi keupayaan fotografi mereka dan bagi sesetengah pengguna, prestasi ini membuktikan cukup untuk menggoda mereka untuk membuat lonjakan pembelian.