Saturday, October 5, 2013

Aksesori penting untuk lelaki

Tampil bergaya bukan saja terletak pada gaya pemakaian tetapi aksesori juga menjadi 'item' penting untuk mengayakan sesuatu fesyen itu . Apatah lagi jika aksesori yang dipakai itu menunjukkan personaliti yang memukau yang pasti boleh membuat individu itu lebih kelihatan maskulin, berkuasa dan lasak.

Disini antara beberapa 'item' yang pasti penting buat sang jejaka:

Cermin mata hitam
Lelaki dan kaca mata hitam boleh diumpamakan rakan karib seperti 'isi dengan kuku' atau 'bagai aur dengan tebing'. Kebanyakan jejaka gemar mengayakan cermin mata hitam yang melambang personaliti yang menarik dan sesuai untuk dipakai di mana-mana. Cermin mata hitam juga sesuai dipakai memandang cuaca yang panas dan dianggap penting juga untuk memberi sang jejaka lebih tampak yakin untuk membuat sesuatu perkara.

Tali pinggang
Tanpa tali pinggang rasa pasti pelik apabila mengayakan seluar, tali pinggang itu boleh dianggap sebagai pelengkap kepada aksesori fesyen kerana jika golongan adam ini memakai baju kemeja dan seluar slack tanpa tali pinggang. Dengan kata mudah, tali pinggang itu menonjolkan lagi lagi aura dan pesona sang jejaka. Tidak kira walau sebesar manapun pinggang anda, tali pinggang penting untuk tidak nampak selekeh.

Kasut kulit
Kasut kulit adalah lambang lelaki profesional, kerana jika si lelaki itu seorang eksekutif yang terlibat dalam bidang kerja profesional atau pun berkerja dalam suasana yang memerlukan pakai kasut kulit sudah tentu akan memilih kasut kulit kerana ia akan menyerlahkan lagi karisma anda ketika berjalan dan sudah tentu ia lebih berkualiti tinggi. Biarpun dia cuma seorang penganggur pasti kasut kulit tetap jadi idaman.

Jam tangan Jam tangan adalah pelengkap pada kehidupan si lelaki yang begitu mementingkan ketepatan waktu supaya tidak membazirkan waktu dan jam tangan juga merupakan sesuatu yang penting kerana dengan adanya jam tangan kehidupan sang jejaka pastinya lebih teratur dan berdisplin. Ia juga melambangkan semangat lelaki itu yang akan menepati masa.

Beg sandang
Sekarang ini, bukan kaum hawa sahaja yang minat memakai beg sandang kerana kaum adam juga sudah mula berjinak-jinak dengan beg sandang kerana ia tampak lebih santai dan tidak lengkap tanpa beg sandang yang mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Telefon bimbit
Ini 'item' yang paling penting kerana sesiapa pun tanpa telefon bimbit di sisi pastinya akan merindui dan bosan jika hidup tanpa telefon bimbit kerana di arus kemodenan ini telefon bimbit sudah menjadi 'item' wajib. Telefon bimbit juga haruslah yang terkini dan tercanggih sesuai dengan jiwa lelaki yang sentiasa seiring dengan teknologi dan zaman.

Jika anda seorang lelaki sudah pasti anda mahu tampil penuh gaya dan berkeyakinan dengan penampilan istimewa. Sudah pasti ketampanan dan 'kemachoan' anda akan lebih terserlah jika menggayakan aksesori yang sepadan dan hebat. Jadi sebagai lelaki kita harus bijak memilih item untuk kelihatan bergaya dan maskulin.

Sumber : Yahoo.com

No comments:

Post a Comment