Sunday, October 6, 2013

iPhone 5C, Ceriakan Hari Anda Terutama Wanita!

iphone 5s
























Sebelum mencuba model iPhone terbaru iaitu 5S, lebih baik kami mencuba model yang lebih berwarna-warni iaitu 5C. Tapi jangan risau, JOM UJI edisi khas iPhone 5S akan diterbitkan juga tidak lama lagi.

Ramai yang salah meneka C sebagai Cheap apabila Apple akhirnya memaklumkan ia sebenarnya Colors dan ia menggambarkan betapa cerianya iPhone baru kepada pengguna. Harganya pun boleh tahan. Saya memperolehnya dari Amerika Syarikat dan ia menelan kos sehingga $549 (edisi paling murah) atau sekurang-kurangnya RM1,756 kalau mahu diikutkan nilai tukaran ringgit semasa.

Nasihat awal, kalau mahukan ciri lebih baik, anda boleh dapatkan harga hampir sama dengan model Samsung Galaxy S4, HTC One, Sony Xperia Z atau Nokia Lumia 925 yang kebanyakan harganya telah dimurahkan.

Tetapi, produk Apple mempunyai kekuatannya sendiri yang menjadikan harga bukan ukuran. iPhone bukan pada mesin atau kerangka kecil bersaiz 4 inci itu tetapi rasa premium memakainya. Pada hakikatnya, anda bukan beli telefon tetapi anda membeli jenama.

iphone 5c


























Kelainan iPhone 5C banyak terletak pada body luar dan keupayaan iOS 7 yang sudah dimaklumkan dalam artikel sebelum ini. Tetapi yang mencuri tumpuan saya adalah meskipun ia beroperasi hanya pada pemproses A6 seperti yang didapati dalam iPhone 5, model iPhone 5C beroperasi lancar apabila dibantu iOS 7.

Apabila saya katakan lancar, ia bermakna jika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi lain, atau meleretkan jari menukar antaramuka ke antaramuka yang lain. Termasuk jugalah membuka video, menontonnya dan kemudian melalukan kerja lain tanpa henti. Pendek kata, iPhone 5C beroperasi baik dan tidak mendatangkan masalah. Mungkin juga kerana ia masih baru tetapi sesetengah produk lain sudah menampakkan masalah meskipun baru dua tiga hari memakainya.

Dari segi rekaan, terus-terang saya katakan, kombinasi warna pada iPhone 5C tidak sehebat kombinasi warna pada Lumia 625. Senang cerita, warna Lumia 625 lebih cantik. Tapi body iPhone 5c tidak terlalu licin jadi selesa saja ketika digenggam.

Kekuatan 5C sama saja jika anda sedang memakai model 5. cuma rekaan dan warna saja yang membezakan kedua-duanya. Bagaimanapun, skrinnya 1136 x 640 piksel Retina yang sama juga didapati untuk model 5S.

Sehingga kini, ramai yang beranggapan 5c adalah ‘iPhone Bajet’ tapi ia ternyata bukan begitu! Saya rasakan, iOS7 akan lebih membantu pengeluaran iPhone pada kali ini.

Bateri pula boleh dikatakan 20% lebih baik. Sebelum ini, jika anda memakai iPhone 5, tempoh paling lama sekiranya anda seorang yang sangat aktif mungkin 7 jam jika anda menggunakan dari pukul 8 pagi hingga 3 petang. Kadang-kadang, pukul 12 tengahari pun sudah habis.

Saya juga secara tidak sengaja menjatuhkan iPhone 5C di atas jalan tar. Rosaknya tiada tapi sedikit calar memang menjengkelkan terutama jika anda memakai warna terang. Jadi, saya nasihatkan cepat-cepat beli pelindung plastik jernih. Kalau beli pelindung plastik lain, tak nampak pula warnanya yang comelkan?

iPhone 5C baru juga mengekalkan kuasa kamera yang menarik. Jarang saya melihat pengguna iPhone tidak mampu merakam foto yang cantik. Meskipun terdapat aplikasi pihak ketiga yang memberikan kelebihan pada fotografi, kamera 8 megapiksel iPhone 5C menawarkan kualiti dibantu saiz apertur f/2.4.

Disebabkan iPhone 5C mempunyai lima warna yang berlainan, saya pasti wanita antara pembeli yang sangat menyukai model terbaru Apple ini!

Sumber : Yahoo.com

No comments:

Post a Comment