Thursday, October 10, 2013

Alcatel, Masih Belum Dilupakan

Anda mungkin mengenali Alcatel mungkin menerusi model One Touch Easy DB yang dikeluarkan pada tahun 2000 berbentuk kandibar yang mempunyai hanya rangkaian 900/1800MHz dengan skrin hanya membolehkan tiga baris memuatkan perkataan tertentu.

Ia dihidupkan pula bateri jenis AAA tetapi masih mampu dilengkapi fungsi kunci butang, pembesar suara dan jam loceng.

Kemudian selepas beberapa model, Alcatel seakan lenyap di dunia namun kembali dengan model baru yang memang unik ditambah pula dengan rekaan yang cantik pada harga sangat berpatutan meskipun 'enjin'nya agak berkuasa.

Menerusi model OneTouch Idol X, Alcatel seakan mengembalikan memori lama anda jika anda sudah memakai telefon pada tahun 2001 hinggalah 2004. Ketika itu jenama-jenama seperti Alcatellah yang mengekori rapat Nokia dari jauh.


smartphone


























OneTouch masih dikekalkan sebagai keluarga telefon mereka dan menariknya mengenai Idol X yang baru ini adalah ia mensasarkan telefon pintar bagi pengguna yang mengutamakan citarasa, rekabentuk menarik dan prestasi terbaik.

Saya memang bersetuju dengan kenyataan tersebut memandangkan paparan 5-inci Full HD IPS hingga kepada badannya yang nipis serta pemproses quad-core 1.5 GHz, membolehkannya berdiri sebaris telefon mahal. Kalau anda mahukan kelainan, Idol X memang jawapannya juga. Selepas memakainya untuk beberapa minggu. Jarang pula saya mengalami masalah biasa seperti 'hang' dan cepat panas. Dari aspek rekaan, telefon ini merupakan pakej lengkap yang anggun dan baik dari segi dalamannya mahupun dari segi luarannya.

Hasil seni pembuatan halus ini membolehkannya ditawarkan senipis 6.9mm jadi saya langsung tidak menghadapi masalah memuatkannya dalam poket. Apabila dipegang pun, ia selesa dan tidak membebankan. Cukup-cukup dalam tangan. Apa yang menari perhatian adalah paparannya. Teknologi pelaminaan penuh memastikan tiada jurang di antara paparan hablur cecair (LCD) dan panel sesentuh. Penghantaran cahaya yang lebih tinggi memudahkan paparan telefon dibaca baik di bawah sinaran matahari terang mahupun di dalam gelap, manakala In-plane Switching Technology (IPS) menawarkan sudut penglihatan  yang terbaik di pasaran pada 170 darjah. Anda boleh menikmati imej berkualiti tinggi yang diambil menggunakan kamera 13.1 Megapixel di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.

Cara penggunaan peranti ini yang tersusun memberikan pengalaman penggunaan Android yang terbaik. Bagi memudahkan penggunaan, OneTouch Live menawarkan pelbagai aplikasi yang menarik untuk dimuat turun, jadi anda boleh menjadikan telefon anda mengikut citarasa anda yang tersendiri dengan mudah.

Ketahanan bateri ketika penggunaan aktif? Cukup untuk 7 jam!
Harganya pun murah saja, hanya RM1,099 namun pembelian anda pasti berbaloi. Sayangnya, ia tidak dimasukkan bersama pelan tertentu dalam pakej telekomunikasi. Saya cadangkan kesemua syarikat telekomunikasi menyediakan telefon ini sebagai salah satu pelan peranti Android masing-masing jadi bolehlah harganya dikurangkan lagi.
Sumber : Yahoo.com

No comments:

Post a Comment